Kenyataan Ketua Setiausaha Negara yang baru, Datuk Dr Ali Hamsa disifatkan sebagai sungguh memalukan. Oleh itu, beliau yang baru dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara tidak layak memegang jawatan itu, kata bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar dalam kenyataannya.

Bagi beliau, kenyataan yang menyokong Barisan Nasional secara terbuka  membuktikan beliau bukan seorang yang neutral.

Sebagai seorang penjawat awam  tertinggi di negara beliau harus mengetahui tentang prinsip ‘neutraliti’ yang didokong oleh kakitangan awam, katanya.

Tetapi, beliau telah membuat  satu kenyataan yang bercanggah dengan  etika penjawat awam.

“Persons working in the State services (State servants) are required to act in the course of their duties in a politically neutral manner.  This includes the requirement to act impartially and to implement the Government’s policies.

“The requirement that State servants must be apolitical when carrying out their duties, functions and powers. It is a principle that underpins the continuing employment status of State servants and enables State servants to provide consistent services (including policy development) for the government of the day. This means, essentially, that State servants must keep their jobs out of their politics and their politics out of their jobs. Ana memang tak pandai english sangat; tapi pada ana tak ada salahnya ayat KSN baru ini. Betullah tu. Kakitangan awam mesti keluar daripada kepentingan politik. Apa yang salahnya?

Ana rasa, kita patut beri peluang kepada KSN baru untuk melaksanakan tugasnya. Berdasarkan info kawan-kawan ana di UKAS, KSN baru ini memang tidak ada kepentingan politik. Memang tak ada isu rasuah langsung. Mana tahu, ada rezeki kita pun nak pakai dia nanti. Jangan bantai orang tak tentu hala.

Ana pun tak tahu apa yang bekas Speaker Perak ini angin satu badan…kalau ikut gila mantan Speaker ni, kita pun boleh gila sama.