Ana dapat makluman ramai kawan-kawan yang pergi UMRAH, Imigresen Saudi menjalankan pemeriksaan yang sangat rapi kepada kebanyakan jamaah Malaysia. Maklumlah, sekarang ini musim pergi umrah. Macam-macam pihak yang sponsor. Ada sahaja. YB ajak lah. Pemimpin itu jemput temanlah. Pemimpin lagi satu ajak pergi sekali. Macam-macam jemputan. Maknanya, parti kita pun dah semakin hebat bab-bab beli hati dan jiwa ini.

Ana pun dah lama tak pergi. Niat memang ada nak pergi. Tapi lepas PRU lah kot. Kumpul modal dahulu.

Kali ini kalau ana pergi, ana nak pergi dengan isteri no 2. Barulah adil. Taklah orang kata ana ni berbini sahaja pandai, tapi bab keadilan – bodoh. Ana sedar tanggungjawab. Soalnya, ana nak jawab juga pertanyaan kawan-kawan ni. Betulkah ada pemeriksaan yang lebih teliti.

Bagi yang pandai cakap arab sepatah dua, katanya Imigresen Saudi cari benda-benda yang berkaitan dengan Bersih 3.0. Baju kuning. Risalah politik. Semua kena tahan. Ana tak faham lah pulak siapa yang nak eksport baju Bersih ke tanah haram. Melampau pulak rasanya.

Ada jamaah yang berbual dengan ana, dia memang mengaku kena tahan lebih lama. Soal itu dan ini. Tanya macam-macam.

Kalau betullah jadi begitu, nampaknya ada kesan negatif juga Bersih ni pada kita. Kalau dahulu, sebut nama Malaysia – laju sahaja Pak Arab bagi lalu. Sekarang ni, depa dah tahan pulak dah.

Pada ana, ini semua pengorbanan kecil sahaja. Jangan lah nak komplen sangat. Ingat perjuangan suci Ambiga. Dia pun kena berdepan dengan macam-macam ujian. Askar gila buat tarian tonggeng lah. Usahawan mabuk buat memo lah. Macam-macam.

Kita kalau kena check lama sikit tu…tak payahlah salahkan Ambiga. Buat tenang aje. Buat umrah kan kena tenang. Jangan marah-marah.

Selamat ber-sya’aban semua pembaca.