Ana nak tanya, sebab sewaktu ana menelefon seorang teman DAP Pahang, khabarnya mereka tak nak masuk campur agenda PAS kali ni. Mereka sudah kurang minat dengan isu Lynas. 100 orang yang DAP kumpul di Parlimen kelmarin pun bukan orang Gebeng/Kuantan/Indera Mahkota. Kebanyakannya ahli DAP Cheras. Di Kuantan, DAP sudah slow sikit bab Lynas ini. Mereka cakap, kalau sudah kaji, OK – kasi dia masuk lah.

Eh senang pulak Cina ni cakap. Hari tu masa mereka buat kempen, kita sokong bagai nak rak. Time kita nak buat, mereka boleh nak main tarik tali pulak. Apa ni?

Kawan DAP Kuantan ana cakap, ‘LU PUNYA MP PUN SUDAH SOKONG MA. DIA BANYAK PANDAI PUNYA ORANG PUN KATA OK’.

Nampaknya, DAP kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen kita yang sokong Lynas. Ana cakaplah, itu pandangan peribadi dia. Dia pandai, tapi kalau dia sudah kena bayar, apa mau bikin. Ini semua duit punya kuasa.

“Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”
“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.” (Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, Selangor)”

Kawan ana pun email pada ana kenyataan di atas. Hantu punya Cina, dia boleh dan sanggup cari dalil pulak.

Pada ana, isu Lynas ini sudah jadi payah. Bukan payah apa. kalau penduduk Gebeng sendiri kata OK, apahal yang kita nak sibuk? Ana yang pergi sama teman-teman nak buat persediaan pun sudah kena tengking dengan penduduk sekitar Gebeng. Antara ayat yang dikata:-

‘Kami tak nak orang luar sibuk-sibuk. Pergi balik Kelantan!’

‘Pahang Bukan Kelantan!’

‘Jangan biar kami MISKIN macam Kelantan!’

‘Pergi Duduk Masjid lah weiiii’.

Kasar juga bunyinya. Ana selidik, mereka ini apa kecenderungan politik. Tak ada kecenderungan. Anak jati Gebeng.

Ana tetap akan hadir hujung minggu ni. Tidur di chalet di Beserah. Nak join? Jom! Kalau orang Gebeng hamun ana lagi – ana terajang aje.

Advertisements