Dr Mohamed Morsy meletakkan semua jawatannya dalam FJP dan Ikhwanul Muslimin Mesir bagi membolehkan beliau menjadi presiden kepada semua rakyat Mesir.

Langkah yang disifatkan sebagai satu tindakan berani ini bertujuan membolehkan beliau diterima sebagai pemimpin untuk semua rakyat Mesir tanpa mengira parti atau kumpulan rakyatnya.

Di Dataran Tahrir, ribuan rakyatnya meraikan kemenangan Morsy, jurutera yang mendapat pendidikan dari Amerika itu, dengan menyifatkan kemenangan ini sebagai berakhirnya regim Mubarak secara rasmi.

Namun, kebimbangan terus disuarakan pelbagai pihak apabila tentera Mesir melalui Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) dua hari sebelum mengundi membuat peraturan untuk mengehadkan kuasa ketua negara yang bakal diambil Morsy.

Golongan Islam dan Liberal terus menentang tindakan ini dan menyifatkan ia satu “military coup”.

“Tentera mengalihkan kuasanya kepada tentera,” menjadi tajuk muka depan akhbar bebas,  al-Masry al-Youm.

Hebat pemimpin Ikhwan, sanggup tinggalkan parti bagi menggambarkan dirinya Presiden kepada semua rakyat Mesir. Ini baru hebat. Apa yang nak disampaikan? Parti dan wasilah itu kurang penting berbanding – masalah umat Mesir secata keseluruhannya. Ini kita kena fahamkan dalam-dalam.

Makna kata, demi memastikan semua rakyat dapat terima – jawatan dalam IKHWAN pun sanggup diketepikan. Yang lebih penting adalah rakyat secara keseluruhannya. Memang luarbiasa strategi Dr Morsi ini.

Ana minta sangat, sebagai penggerak PAS – kita semua baca kisah kejayaan Dr Morsi ini dalam-dalam. Renungkan. Sebagai ulama’, dia sendiri sedar, IKHWAN hanaylah wasilah. Sekarang ini Dr Morsi kena fikir mengenai Mesir secara keseluruhannya. Bukan lagi IKHWAN.

Dr Morsi mesti sedar dengan fakta berikut:-

  • a severe drop in overall approval for Islamists. The phenomenon reveals the Muslim Brotherhood’s loyal base of support limited to approximately 5 million voters as reflected in Morsi’s final count;
  • more votes for secular than Islamist candidates;
  • Roughly 25% of Egyptians are very serious about implementing strict Sharia law in the country (such as Muslim Brotherhood and Salafi supporters) – supporters of Morsi.
  • Roughly 39% who care more for social justice;
  • Roughly 36% who care for regaining stability as during the Mubarak regime;
  • The results indicate that the Muslim Brotherhood  suffered a significant decline in popularity over the last few months since the group took historic control of the parliament with more than 45% of the vote.
  • Results also indicate that a significant percentage of Egyptians oppose Egypt becoming a religious state, since the almost all supporters of Shafiq, Sabahi and Moussa (approximately 54% of the voters) are supporters of a secular state.

Makna kata, Dr Morsi FAHAM dan tahu bahawa dia tidak akan mampu memimpin dengan baik sekiranya membawa IMEJ Ikhwan yang totok. Kena ada adjustment. Mesti ada pembaikan strategi dalam menangani situasi.

PAS kena faham dengan kemungkinan ini. Kita ini selalu sahaja mengatakan Malaysia sudah sedia dengan Negara dan cita Islam.

Advertisements