Ana sempatlah ke PWTC. Memang panas ada dalam PWTC ni. Maklumlah, tempat UMNO. Panas aje ana rasa. Rasa macam hangat semacam. Tempat banyak dosa agaknya. hehe… jangan marah. Ana pergi pun sebab memang ana daftar sebagai peserta. Nak juga tahu apa yang UMNO nak spin pasal fiqh mentaati pemimpin ni. Lagipun ana tengok ramai ulama’ antarabangsa yang dibawa masuk. Sebagai peminat kalangan ulama’ Mesir dan Jordan, ana pergi daftar. Layanan memang baik. Sempurna.

Pada ana, bagus sebenarnya mereka dah mula nak cakap pasal Islam dan konsep kepimpinan dalam Islam. Ucapan Najib pun, pada ana, bagus juga. Ada substance. Memang lah ada points yang nak perli PAS, tapi masih ok. Apa yang nak heran. Dia orang politik. Ada masa, dia mesti balun politik.

Semua penceramah dan pembentang kertas kerja memang ulama’ yang mereka tak akan boleh control dan beritahu apa yang nak disampaikan. Memang langkah yang sangat berani.

Imam al-Mubarakfuri rahimahullah berkata,

“Apabila seseorang pemimpin memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)

Kesepakatan (ijma’) ahlus sunnah wal-jama’ah dalam mentaati pemerintah antaranya disebutkan oleh Imam an-Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani. Ini adalah sebagaimana berikut,

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

“Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)

Inilah antara yang ditekankan oleh para penceramah. Demonstrasi dan usaha meruntuhkan gomen ini tidak Islamik.

Pada ana, UMNO berani panggil para ulama’ ini dan bincang isu yang begini sifatnya. Memang dia orang score minggu ini.

Tak apa. Kita biarkan. Ana tengah kumpul maklumat mengenai para penceramah yang UMNO panggil ini. Kita tengok siapa mereka sebenarnya.