Ramai juga kawan-kawan yang bertanya, bila agaknya logo Pakatan Rakyat dapat disatukan bagi berdepan dengan PRU-13 akan datang. Macam BN, kita kena ada satu logo yang khas. Mudah untuk kita berdepan dengan rakyat. Tak adalah mereka keliru dengan logo yang berbeza-beza. Keuntungannya adalah, kita akan tampil sebagai satu pasukan yang lebih kuat.

Apa status nama/logo Pakatan Rakyat? Takkan benda macam itu pun Saifuddin Nasution tak boleh nak selesai. RoS itu sebenarnya tidak ada masalah yang banyak. Kalau lengkap, mereka boleh terima. Itu pun yang dikhabarkan oleh seorang rakan di RoS Putrajaya. Jadi, apa status logo/nama kita ni? Bila nak selesai? Pakai warna apa? Logo siapa lebih dominan. Gambar roket atau bulan? Atau gambar mata PKR?

Pada analah, kita mestikan kita tampil sebagai satu pasukan/nama/logo. Baru rakyat berasa yakin. Benda ini ada impak psikologi. Kalau logo/nama pun tak boleh nak settle; macamana dengan branding yang lebih besar? Susah cakaplah.

Pakatan Rakyat menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS)mengeluarkan maklumat hitam putih berhubung status permohonan merekauntuk didaftarkan sebagai gabungan parti politik yang sah. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, surat rasmi berhubung status terkini permohonan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP perlu bagi memastikan gabungan pembangkang itu mengambil tindakan lanjut mengenai pendaftarannya.

“ROS perlu buat keputusan hitam putih terhadap status permohonan terdahulu yang membabitkan Datuk Zaid Ibrahim. Kalau tolak, nyatakan sebabnya. Munkin mereka akan beri alasan bahawa Datuk bukan lagi anggota.

“Tapi bila kita terima (surat rasmi), kita akan kemukakan permohonan baru sepantas mungkin selepas mendapat kelulusan Majlis Presiden,” katanya di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Seingat ana, isu ini sudah ditimbulkan sejak tahun 2010 lagi. Tak pernah selesai. Pada ana, antara perkara yang paling menyedihkan, apabila benda yang semudah ini pun kita tak mampu nak selesai. Macamana kita nak pastikan isu lain boleh selesai?

Advertisements