PAS hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihanraya pada musim haji tahun ini.

Kata beliau, Perdana Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya.

 

“Selagi tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat atau menangguhkannya dulu,” keluh beliau.

Tuan Ibrahim berkata sebagai pengundi tidak seberat tekanan dibandingkan dengan seseorang yang dipilih sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya.

“Tambahan pula, seandainya pilihanraya diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Jika ini berlaku, Tuan Ibrahim berkata ia sudah tentu akan meninggalkan kesan yang besar kepada keputusan dan peratusan keluar mengundi.

Ana punya pandangan berbeza bab ini. Bukan semua 30 ribu jemaah Haji yang pergi tu sokong kita. Tak semua. Pada ana, kalau Najib nak buat juga musim haji, dia akan menanggung risiko yang sama besar. Apa, orang UMNO tak pergi naik Haji? Mereka pun pergi. Jadi ana rasa, isu ini terlalu kita kecohkan lah. Dia pun tahu buat keputusan yang tepat.

Malahan, PM boleh gunakan musim haji untuk tambah amal. Buatnya dia sponsor lagi jemaah. Jenuh kita. Kalau dia buat BR1M khas untuk orang naik haji apa macam? Tak pening kepala kita?

Dengan fakta saham FGV mendapat sambutan baik – rasanya Haji Najib akan umum pilihanraya lebih awal. Tak sampai musim haji. Kita jangan nak mainkan isu ni sangat lah. Terjerat nanti.

Cuba kita tengok macamana media puji saham FGV. Apa kata kita sekarang? Mana ANAK? Mana BAPAK?

http://www.palmoilhq.com/PalmOilNews/felda-global-3-2b-malaysia-ipo-oversubscribed-multiple-times-sources-2/

 

http://www.btimes.com.my/articles/20120602004312/Article/

http://www.investlah.com/forum/index.php?topic=44632.msg867022;topicseen

 

http://www.nst.com.my/nation/general/overwhelming-demand-from-institutional-investors-1.93830

Buatnya Haji Najib umum pru bulan 7. Ready ke kita yeop?

“Ini melibatkan semua parti politik, dan apa yang penting ialah hak rakyat dalam sistem demokrasi hendaklah dihormati,” kata beliau.