Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dan bersedia meminta maaf supaya kontroversi isu bidaan nombor pendaftaran WWW 1 yang berlaku dapat dihentikan.

Beliau akan menghantar surat memohon mengadap Sultan Johor pada bila-bila masa sahaja.

“Surat akan dimajukan kepada istana, untuk kita kemukakan permohonan mengadap,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Ketika ditanya mengapa beliau mahu memohon maaf, sedangkan beliau sendiri mempertahankan kenyataan ‘tweetnya’ langsung tidak menggambarkan penghinaan kepada Sultan Johor, beliau berkata inilah sifatnya sebagai seorang rakyat.

Katanya, tidak salah untuknya memohon maaf dan itu merupakan sifat yang mulia.

Terdahulu, Nizar menyatakan pandangan sebagai seorang rakyat di dalam ‘tweet’

Eloklah begitu, kalau dah salah elok minta maaf. Daripada menyusahkan kawan-kawan yang dah buat kerja lama di bawah; sebab mulut santan binasa; sebab tweet, parti nak hancur. Kalau bodoh, jangan nak mengaku pandai.

Apa yang berlaku pada Nizar adalah satu pengajaran kepada kita semua. Dengan Sultan, jangan celupar. Kena jaga mulut dan pemikiran kita.

Blog ini ucap tahniah jugalah pada Nizar yang berani minta maaf. Terlajak perahu boleh gostan. Terlajak derhaka – dapat pelempang di muka. Padan dengan muka.