Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitiskan air mata di depan kira-kira 30,000 rakyat negeri ini daripada pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi di sini, semalam.

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda yang berangkat hadir pada Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu tiba-tiba menjadi sebak ketika bertitah ringkas kepada hadirin.

Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini (semalam), titah baginda sambil mengesat air mata, diiringi gema laungan Daulat Tuanku oleh rakyat yang menghadiri perhimpunan anjuran Majlis Penyelaras Gabungan NGO (badan bukan kerajaan) Melayu Negeri Johor (GABUNG) itu.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang juga kediaman rasmi Sultan Johor, pada jam 2 petang.

Peserta turut menyanyikan lagu Negeri Johor diikuti dengan bacaan Ikrar Sumpah Taat Setia yang diketuai wakil GABUNG yang juga Ahli Persatuan Penjaja, Peniaga, Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor, Ahmad Tarmizi Yusof, sebelum menyerahkan watikah ikrar sumpah setia terbabit kepada Sultan Ibrahim.

Ana memang dekat dengan Johor. Sebab masa ayah ana kerja dulu, dia posting ke Johor. Sebab itu ana memang kenal sangat dengan FIIL orang Johor yang memang kuat dengan Raja. Mereka tak peduli, kalau sentuh sahaja Raja Johor, jawabnya – rakyat akan memberontak.

Ana dapat banyak sms rakan-rakan PAS di Johor yang menyifatkan Nizar sudah menyebabkan mereka susah dan pening. Susah nak terangkan kat orang kampung. Pening nak menjawab isu. Bila bab Nizar sahaja, orang Kampung naik angin satu badan. Habis semua mereka menyampah pada PAS.

PAS Johor kecewa kerana Nizar tak minta maaf dan cuba mencari jalan bertemu dengan Duli Tuanku. Minta ampun. Sembah minta maaf. Bukan sembah derhaka.

Katanya, Pas Johor membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan DUN pada PRU13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 DUN pada PRU 2008.

Pada PRU 2008, Pas Johor memenangi dua kerusi DUN iaitu di Maharani dan Sungai Abong. Kali ini nak menang satu pun belum tentu disebabkan ayat Nizar yang terlalu kurang ajar.

PAS Johor memang kecewa dengan Nizar. Kecewa sangat.

Advertisements