Suntikan Semangat bagi Pejuang-Pejuang Tuntutan Royalty Minyak & Gas Kelantan & juga Pendaratan Hasil Minyak & Gas Perairan Negeri Kelantan ke Bachok, Kelantan…

Tuanku Sultan Muhammad ke-V hari ini berkenan menurunkan tanda-tangan Baginda ke atas Plak yang tertulis Titah Baginda pada sessi Pembukaan Sidang DUN yang lepas iaitu:

“Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi”.

Sejurus selepas Tuanku menurunkan tandatangan Baginda, Tuanku meminta Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menurunkan juga tandatangan beliau diatas Plak yang sama.

Ana minta sangat rakan-rakan kita tidak terlebih MEMPOLITIKKAN isu Tuanku menurunkan tandatangan ini. Ayat yang Tuanku turunkan tandatangan pun tidak ada kena mengena dengan tuntutan royalti. Sebagai tonggak Negeri, adalah menjadi harapan Tuanku bahawa usaha dilakukan bagi mendaratkan minyak dan gas di Kelantan. Memang betul, Zon Industri Petroleum sudah diwujudkan di Bachok – tapi apa yang Kerajaan Negeri bangunkan di Bachok selama ini? Kalau infra tak ada, macamana nak daratkan minyak dan gas.

Ana harap rakan-rakan orang Kelantan tidak EMOSI dengan tuntutan royalti ini. Tuanku turun tandatangan pun sebagai harapan. Bukan endorsement kepada sesiapa.

Industri minyak dan gas ini memerlukan dokongan Negeri. Kena begitu. Sebab investmentnya besar dan mendatangkan impak jangka panjang.

Tengok macamana Kerajaan Johor bantu industri minyak dan gas di Pengerang. Macamana Melaka bantu pembangunan minyak dan gas di sana. Kita ni main cakap sahaja – suruh orang buat; tapi diri sendiri tak mahu berkorban dan membantu sama.

Ana alu-alukan sokongan Duli Tuanku; tapi jangan kita terlebih sudu pulak nak kata Tuanku sokong tuntutan royalti. Tuntutan dan harapan agar Bachok di jadikan pusat industri ini adalah dua benda yang berbeza.

Advertisements