UAI memang fenomena dalam masyarakat kita. Memang. Kalau tak puluhan ribu, memang tak sah. Luar biasa. Ana masih ingat dalam satu acara di Shah Alam (malam tahun baru) – ramai sungguh orang datang dan menyaksikan ceramah UAI dan Zizan. Dua-dua orang Terengganu.

Ana dapat info dan maklumat kalangan ahli PAS di Terengganu, kalau boleh, nama UAI ini dinaikkan sebagai calon. Memang ada pimpinan PAS Teganu yang rasa kurang senang. Pada mereka, dengan momentum yang ada pada UAI, habis pimpinan PAS Teganu sendiri pun kena makan. Kata mereka lah.

Ana juga dapat permintaan rakan-rakan yang tak ada parti; supaya PAS jangan nak heret sangat UAI dalam siri ceramah politik. Kena bendung sedikit. Pada mereka, mereka hormat UAI atas ilmu dan kewibawaan. Tapi kalau dah UAI terlalu sangat cakap politik; orang muda pun mungkin kurang minat. Memang ilmu masih lebih penting daripada politik, tapi kita tak mahulah kerana politik, kita korbankan seorang tokoh ilmuan agama.

Apa yang hebat dengan UAI adalah kemampuannya untuk bercakap isu dengan bahasa yang mudah. Tak skema sangat. Orang PAS ka, orang UMNO ka, orang PKR ka, semua boleh dapat manfaat. Tapi kalau dah terlalu sangat di pentas politik – nanti nilai ILMU nya itu jadi berkurangan. Sebab orang lebih pandang kepada politik.

Ana pun tak yakin UAI nak masuk politik. Kalau hari ini UAI boleh dapat lebih RM200k sebulan melalui ceramah/cd dan sebagainya; buat apa masuk politik yang akhirnya meletakkan UAI dalam keadaan yang sukar.

Kita boleh gunakan UAI untuk politik. Kita gunakan. Tarik crowd. Ramaikan orang. Tapi jangan masukkan UAI dalam politik kita. Mesti ada pemisahan. Biarlah ilmu UAI dikongsi semua umat, tanpa mengira minat politik. Itu lebih berkesan.

Kalau betul nak jadi calon? Nak letak di mana? Parlimen atau DUN?

Advertisements