Timbalan ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan kesediaannya sekiranya diperturunkan sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Anak kepada mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dipetik Sinar Harian sebagai berkata, beliau sudahpun bersedia untuk berbuat demikian sejak 10 tahun lalu.

“Saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno,” katanya seperti dipetik dalam laporan edisi dalam taliannya hari ini.

Menurut laporan itu lagi, isu mengenai pencalonan Nik Abduh pertama kali ditimbulkan timbalan ketua pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar dilaporkan sebagai berkata, keputusan tersebut bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang bertanggungjawab menentukan senarai calon dari negeri itu.

Nik Abduh dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian bagi menggantikan kedudukan naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang mengosongkan kerusi tersebut untuk bertanding di Johor.

Ramai kalangan rakan-rakan PAS Kelantan menganggap Datuk Mohd Amar sebagai satu STRATEGI POLITIK yang bijak. Ini satu cadangan yang sekaligus boleh membawa Amar ke kerusi empuk Menteri Besar sekiranya dilakukan dengan baik dan tersusun.

Kita kena akui, kalangan ahli parti kita sendiri ramai yang SIMPATI dengan keadaan TG Nik Aziz. Simpati. Bukan tak suka. Simpati sebab umur yang semakin lanjut, dalam keadaan politik yang semakin ganas, TG Nik Aziz masih berhempas pulas dengan politik. Mungkin masanya sudah tiba untuk kita ketengahkan muka baru yang lebih muda dan berkemampuan dalam pilihanraya yang akan datang.

Menurut sumber, memang PRU akan datang akan menjadi yang terakhir kepada TG. Banyak juga yang menjangkakan, bahawa PAS akan memperkenalkan MB baru pasca pilihanraya yang akan datang. Kalau gandingan Nik Mohd Amar + Abduh, ana merasakan ianya gandingan yang sangat kuat dan mantap. Boleh berdepan dengan gandingan Husam + TMB yang ada sekarang. Dengan mudah.

Husam pun ada menghantar teks kepada kalangan blogger kita, agar menimbulkan soal DINASTI dan NEPOTISME dalam mengekang kemaraan Nik Abduh. Husam tak senang dengan permainan ini. Bahaya.

Nik Abduh bukan ulama’ biasa. Dia boleh jadi seorang strategis dan teknokrat yang cekap.

Advertisements