Selepas amaran demi amaran dan bantahan demi bantahan tidak dihirau, Pemuda PAS akan mengadakan demo di perkarangan pejabat akhbar NST Jumaat ini ekoran dakwaan ‘Nik Aziz bapa kafir’.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam kenyataannya berkata, demo itu akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

“Solat Jumaat beramai-ramai di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar,” dan selepas itu mereka akan berarak ke pejabat NST.

Menurut Khairul Faizi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan isu “Nik Aziz is Father Of Kafir” yang dikeluarkan oleh akhbar Nes Straits Times sebagai satu penghinaan kepada PAS serta perjuangannya.

Sebelum ini, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah mengambil satu tindak balas segera iaitu berjumpa dengan pihak New Straits Times bagi menyatakan bantahan serta meminta pihak mereka untuk menarik semula kenyataan tersebut.

Maklum balas yang diterima, pihak New Straits Times enggan menarik balik kenyataan tersebut bahkan tidak mahu memohon maaf di atas fitnah yang ditabur oleh pihak mereka ke atas Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan.

Pada ana, kalau kita demo pun bukan boleh mengubah apa-apa. Biarkanlah. Kalangan kita sendiri, ahli PAS pun ramai yang kutuk sama sendiri. Ana pun orang kutuk juga, walaupun nak berkhidmat percuma kepada parti. Apatah lagi kalangan pimpinan macam Tok Guru.

Kita tak perlu bermusuh dengan wartawan dan akhbar. Kita kena buat kawan. Jangan bantai mereka. Kalau itu pandangan mereka – kita biarkan rakyat yang jadi hakim. Kalau rakyat setuju dengan kenyataan itu, kita nak buat macamana.

Debat KJ vs Rafizi

Ramai yang tanya ana, PKR sudah ada pelapis yang baik macam Rafizi. PAS? Siapa yang kita nak ketengah dan boleh berdebat dengan isu-isu begini. Atau kita ni masih lagi pakar bab Islam sahaja? Bab ekonomi? Bab muamalat? Atau kalangan Ustaz kita hanya hebat bab munakahat?

Pas kena cepat lahirkan kalangan pimpinan yang berfikiran tajam dan kritis. Bukan pengampu dan pembodek. Bukan seorang muda yang tak ada pendirian. Bukan main politik lalang. Siapa yang boleh ketengahkan.

Ramai yang kata, Ku Is, Pemuda Perak adalah antara calon yang lebih baik dan bijak. Kita ketengahkanlah. Biar Ku Is berdebat dengan KJ pula lepas ini.

Advertisements