Pas Terengganu masih memerlukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), selain terus mengekalkan kedudukannya sebagai presiden parti.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, mengambil kira pengalaman, kepimpi­nan, umur, faktor kesihatan dan sebagainya, beliau melihat Abdul Hadi masih lagi mampu untuk bertanding, sekali gus mempertahankan kerusi Pas.

Merujuk kenyataan Abdul Hadi sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa beliau tidak akan bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya umum akan datang, Satiful Bahri menjelaskan, beliau tidak mengetahui sejauh mana kebenaran laporan terbabit.

Rata-rata ahli kita masih lagi menyayangi dan mengharapkan Haji Hadi terus memimpin PAS untuk masa-masa yang akan datang.

Pengalaman dan hikmah Haji Hadi dalam politik tak boleh kita sangkal. PAS mampu bangkit sehingga ke hari ini, kerana kebijaksanaan Hadi yang memimpin kita dengan baik. Memang ada ketika, Hadi nampak macam nak bersama dengan UMNO – tapi ini adalah sebagai sebahagian strategi politik. Tak lebih daripada itu.

Kita jangan pandang Hadi dengan UMNO. Kita kena lihat lebih luas daripada itu.

Kenapa Tuan Guru Haji Hadi merajuk? Sebab banyak tekanan. Pesuruhjaya Terengganu pun sudah mula nak berganjak sokongan kepada orang lain. TG Haji Hadi bukan baru semalam dalam politik. Setiap gerak geri kalangan pimpinan PAS di Terengganu; TG boleh baca arah dan halatujunya.

Andai kata TG Haji Hadi tarik diri dan tidak bertanding dalam PRU13, dengan sendirinya akan mempunyai Presiden baru. Siapa? Mat Sabu?

Ini semua kita kena fikir. Rajuk TG Haji Hadi ini ada sebabnya. Ada alasannya. Dalam PAS ini kadangkala pelik. seorang Presiden yang diterima sebagai Presiden tanpa bertanding pun boleh tidak dihormati. Payah kalau macam ini.

Haji Hadi masih perlu bertanding. Menerajui PAS untuk sepenggal lagi.

Kita tidak mahu ada Presiden boneka, yang hanya mengikut fikrah orang di luar PAS.

 

Advertisements