Seluruh kepimpinan PAS diseru membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000  di Ijtimak pilihanraya dan Munajat Perdana pada 1 Jun ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah berjaya.

Himpunan gergasi itu diadakan selepas mesyuarat PAS Pusat yang diadakan pada 13 Mei yang lalu membuat keputusan menangguh muktamar yang dijadualkan awal Jun.

“Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan. Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini,” seru Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, ijtimak akan bermula dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden bermula jam 10 pagi di kompleks PAS negeri.

Manakala himpunan untuk semua ahli PAS akan bermula seawal jam 4 petang dan dijangka berakhir jam 12 malam, tambah beliau.

“Bawalah apa-apa yang perlu untuk keselesaan munajat. Semua program parti yang bertindih dengan program ijtimak pilihanraya hendaklah ditangguhkan,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Manakala amanat Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi acara kemuncak ijtimak dan berakhir dengan pembacaan ikrar oleh seluruh ahli PAS, sebagai baiah dan janji setia bagi menggarap usaha bagi mencapai kemenangan.

Sebenarnya, isu MUZAKARAH dengan UMNO ini tidak ada value langsung kepada PAS. Ya, ana sedar, memang ramai juga kalangan ahli yang mahu kita bermuzakarah. Tapi untuk tujuan dan alasan apa? Kalau setakat nak suka-suka berjumpa; lepas tu mereka balun kita tak cukup tanah – nak buat apa? Cuba habaq bagi?

Pada ana, kita tumpukan sahaja kepada pilihanraya. Kita teguhkan hubungan kita dengan DAP. Lebih baik dan bermanfaat. Kita tak perlu pun nak sembah kaki depa. Tak perlu. DAP lebih setia kepada kita orang PAS berbanding orang UMNO. itu ana boleh bagi tahu terang-terang. DAP tak pandai kutuk belakang. DAP tak pandai kata Tok Guru kita bapa kafir.

Depa dok ulang, kalau ikhlas tak payah bersyarat. Senang cakap. Kalau tak bersyarat – kena tipulah kita. Sebab itu hubungan kita dengan DAP dan PKR pun bersyarat. Bukan kosong dan suka-suka.

Heboh satu PAS kononnya Ustaz Nasha dah bersalam cengkok dan janji setia dengan Muhyiddin. Pada ana, kalau janji pun, dia seorang. Bukannya kita ramai-ramai. Apa ada hal.

Jangan lupa datang Ijtimak Pilihanraya. Bawa duit lebih sikit. Derma kepada parti.

Advertisements