“Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada hari ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua guru yang berjasa besar kepada negara,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.  Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memetik puisi Allahyarham Usman Awang yang menukilkan “siapapun kita hari ini, sama ada Perdana Menteri, pensyarah, peguam, petani atau nelayan, kita bermula dengan ajaran guru”.

“Sebagai penghargaan kepada jasa guru, PAS bersama Pakatan Rakyat komited dengan janji di dalam ‘Buku Jingga’ untuk menaikkan gaji guru-guru dan seluruh kakitangan berkaitan perguruan selaras dengan tanggungjawab yang besar dipikul mereka,” ujarnya.

Ana puji lah mana-mana pimpinan PAS yang sanggup turun ke bawah dan berjumpa dengan para guru di sekolah-sekolah. Ana nak kongsi cerita bagaimana, menurut seorang teman ana, Pemuda UMNO Gombak menugaskan jentera parti untuk semua sekolah dalam kawasan Parlimen tersebut. Ini usaha mereka yang bersungguh. Kita masih lagi anggap kenyataan akhbar sebagai modal politik. Rakyat tak nampak sumbangan kita.

Ana tak ada masalah dengan kenyataan pimpinan kita bab ini. Baguslah. Rujuk Buku Jingga itu bagus. Tapi, bagaimana dengan usaha kita di sekolah-sekolah pondok di Kelantan. Keadaan masih teruk dan daif. Tak cukup prasarana.

Padahal, tiap kali pilihanraya, kita harapkan mereka bertugas dan berkhidmat untuk kita. Setiap kali. Kita suruh mereka solat hajat untuk kita. Baca yassin untuk kita. Tapi kita tak pernah bersungguh nak jaga mereka. Tak adil rasanya.

Alasan mudah kita – KERAJAAN tidak memberikan khidmat kepada sekolah pondok. Orang pun boleh bertanya, dalam konteks Kelantan – BUKANKAH KITA KERAJAAN? Ya, ana tahulah, memang dalam Perlembagaan isu PENDIDIKAN adalah milik Federal. Tapi, sebagai KERAJAAN juga kita perlu melakukan sesuatu. Ana yang baru balik daripada hantar anak saudara pun boleh menitik air mata melihat keadaan di sekolah pondok. Daif yang amat.

Air bersih kurang. Tandas tak selesa. Najis bersepah. Apa nak jadi ni?

Ana harap sangat, Exco Pendidikan kita jangan relaks sangatlah. Kena usaha. Tak cukup setakat cakap selamat hari guru sahaja. Akhirnya, tindakan kita tak ada,