Waktu ana turun bertemu dengan rakan-rakan veteran POLIS yang menganggotai PAS tempohari – mereka mengingatkan ana supaya PAS mengambil sikap yang tepat terhadap anggota. Mereka ingatkan ana, kalau Unit AMAL PAS tendang terajang Polis waktu BERSIH tempohari, hati mereka pun terguris sama. Walaupun dah lama pencen, jiwa dan hati mereka masih bersama pasukan.

Sentimental juga orang lama POLIS ni ya. Kawan kena hempuk, dia masih boleh terasa. Bayangkan tu. Ini dah 5-10 tahun tinggalkan pasukan, tapi setia mereka kepada pasukan bukan main lagi.

Mereka juga mengingatkan ana, LUKA mereka masih terasa dalam isu Bukit Kepong. Mereka tak boleh lupa dengan statement abang mat sabu, bahawa yang KOMUNIS adalah hero sebenar kemerdekaan. Pada mereka, itu adalah kesilapan paling besar oleh Mat Sabu. Mereka masih ingat lagi dengan kenyataan Abang Mat di Tasek Gelugor. Pada mereka, kerana Abang Mat nak naikkan imej DAP – sampai sanggup naikkan komunis. Ini kerja bodoh kata mereka.

Menurut Abang Mat, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

PAS kena hati-hati selepas ini. Undi Polis ni banyak juga. Jangan buat main. Kalau kita kurang ajar dengan mereka – susah juga kita. Bawa bertenang. Jangan melampau. Janganlah kita terikut sangat dengan agenda PKR dan DAP yang memusuhi Polis. PAS mesti ada pendekatan sendiri. Jangan ikut orang.

Kalau sampai puji komunis, penyakit besar tu.

Rata-rata budak Polis yang ana jumpa pun kecewa dengan sikap kita terhadap Polis. Pada mereka, Unit Amal dah macam gangster. Pengalaman mereka sendiri, kalangan yang berserban dan berjubah, memanggil mereka ANJING dan BABI kerajaan. Apa nak jadi dengan kita ni? Serban setakat atas kepala? Tapi adab entah ke mana? Ana sendiri bertekak dengan banyak kumpulan yang maki hamun Polis sewaktu Bersih. Pada ana. Ini tak betul.