1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, agama Islam sebagai agama Perlembagaan di samping kebebasan untuk agama yang lain diamalkan mana-mana di negara ini dan melindungi hak-hak istimewa kaum Melayu dan orang asal di mana-mana termasuklah negeri Sabah dan negeri Sarawak, dan kepentingan sah kaum-kaum yang lain berdasarkan peruntukan Artikel 153.

2. Mempertahankan peranan dan kebertanggungjawaban institusi Raja-Raja Berperlembagaan.

3. Mendukung penggunaan Bahasa Melayu berdasarkan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempromosikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) disamping mempertahankan dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda untuk semua kaum.

4. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan pada masa yang sama mencadangkan pembatalan semua deklarasi darurat yang sedia ada.

5. Memansuhkan atau meminda semua undang-undang yang menindas dan menyalahi hak asasi manusia.

6. Menjamin semangat federalisme dan perhubungan yang saksama di antara negeri-negeri Persekutuan dan negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak.

Majlis Pimpinan PR hari ini juga menegaskan bahawa apa-apa perubahan kepada polisi-polisi PR yang telah dipersetujui secara muafakat mestilah melalui satu proses konsensus di antara ketiga-tiga parti komponen PR.

 Hukum Hudud bukanlah sebahagian daripada Kerangka Dasar Bersama PR di mana parti DAP mempunyai pandangan bahawa pengimplementasian hukum tersebut bercanggah dengan semangat Perlembagaan. Walau bagaimanapun, parti DAP menghormati pandangan parti PAS di atas isu tersebut.

Terima kasih banyak lah Pak Sheikh yang sudah memainkan peranan penyelamat sekali lagi. Kalau tidak kerana Pak Sheikh Anwar, pada ana, memang kita boleh berantakan bab ini. Ibaratnya kalau Pas dan DAP suami isteri – dah pergi kaunseling di Jabatan Agama. Kaunselornya? Anwar Ibrahim. Selesai masalah.

Ana setuju juga, memang kita patut selesaikan isu ini secara baik dan hikmah. Tapi soalnya, pesan seorang Mudir di sekolah agama rakyat, kalau PAS berlebih kurang bab Hudud, akan lebih banyak ahli PAS sendiri yang kecewa dengan keputusan tersebut.

Betulkah ramai daripada kita yang kecewa? Betulkah? Apa buktinya? Pada ana biasa sahaja. Kita masih sokong pemimpin. Kita masih pegang dengan konsel al-wala’ wal barra’. Ini lebih utama. Kalau tak faham, sila tengok balik lah nota-nota lama. Setia kita kepada pemimpin.

Secara strategi politik, ana rasa inilah penyelesaian paling baik dan sempurna. Lepas pilihanraya, kita buat cerita lain. Jangan ingat kita pakai jubah, kita tak ada strategi.