Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum Hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

“DAP nak keluar pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia  dengan orang Islam,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di Kota Bharu Isnin seperti dilapor Bernama.

Ini laporan bulan November 2011. Kali ini, Mei 2012, kita bergaduh lagi pasal isu sama.

Ana nak sampaikan kepada pimpinan, kita mesti menyampaikan mesej yang jelas kepada pengundi. Jangan konar-konar. Mesti jalan straight. Kalau dah kata, kita nak laksanakan Hudud, buat ketetapan. Letak dalam manifesto. Jangan main tangguh-tangguh.

Pada ana, DAP ini macam tokey wayang, David Teoh. Selalu buat cerita hantu, lepas itu dia sendiri pun takut dengan hantu. Jenis bangang dan bodoh.

Berapa kali PAS nak cakap, kalau laksanakan Hudud sekalipun, tak ada kena mengena dengan bukan Islam. Tak ada. Apa yang baghal sangat tak boleh nak fikir? Atau DAP takut hilang undi Cina kalau kita laksanakan Hudud?

Sampai bila kita nak bertekak, bergaduh dan bersengketa mengenai Hudud ni? Sudah-sudahlah.

Ana nak ingatkan, waktu PRN Sarawak, kita secara terbuka cakap kepada pengundi DAP – bahawa PAS nak laksana Islam dan hukum Hudud. Mereka tetap terima. Tak ada masalah. DAP menang besar. PAS pula yang kalah. Hampeh.

Kita minta Pak Sheikh Anwar beri tarbiyah politik kepada DAP. Jangan bangangkan diri untuk tolak sesuatu yang tak ada kena mengena dengan mereka.

Anwar kena ingat, dia akan hanya ke Putrajaya dengan Hukum HUDUD PAS. Kalau Anwar sendiri tak terima Hudud – kita pun ada hak tak terima Anwar sebagai pemimpin UTAMA. Amacam?

Sebagai bekas pemimpin ABIM – Anwar kena ambil pendirian tegas mengenai Hudud. Tak boleh tidak.