Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat.Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.

Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Karpal mengucapkan terima kasih kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim atas sumbangannya sebagai naib pengerusi DAP dan senator parti itu.

DAP tidak menyambung tempoh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara ekoran kenyataan beliau yang menolak demonstrasi jalanan di ibu kota baru-baru ini.

Ana kesal, kerana DAP masih mempunyai pemimpin yang terlalu fobia dengan HUDUD. HUDUD-FOBIA. Mangkuk betul, dah berapa kali kita nak ulang – bahawa PAS tanpa Hudud memang tak akan menjadi parti Islam. Kita dah berlebih kurang, dengan memperkenal Negara Berkebajikan pun mereka masih kurang ajar.

Pada analah, kita terpaksa menanti saat Karpal ‘karam’ barulah kita mampu menegakkan Negara Islam. Nampak macam tak logik, tapi kalau inilah sikap yang DAP ambil – mana kita nak letak muka dengan rakyat.

Apakah Haji Hadi tidak setaraf Anwar Ibrahim? Di atas segi apa? Apa salahnya Hadi nak bercakap soal Hudud. Ikut suka dialah. Dia Presiden parti ISLAM.

Ambiga kita sayang. Irene Fernandez kita hormat. Tapi kalau macam Karpal ni – kita kecewa.

DAP patut lebih memberi muka kepada PAS. Jangan terlalu memperkecilkan pemimpin kami sampai tak boleh buat kenyataan.

Advertisements