Kita memang sedar sangat, ada hampir 54 kawasan Parlimen dan 92 DUN mempunyai kaitan dengan FELDA. Banyak tu. Kalau hilang 50 % kawasan Parlimen sahajapun sudah tentu akan menzahirkan masalah kepada kawan-kawan dalam UMNO/BN. Kita sedar sangat, atas sebab sentimental dan instrumental dan mental, maka tak hairan lah kalau usaha dilakukan untuk warga FELDA terus menyokong kerajaan. Kalau tidak lenyaplah UMNO dan BN di atas muka bumi ini.

114,000 keluarga FELDA akan terlibat. Kalau satu keluarga ada 4 orang pengundi. Kali sahajalah kesan pemberian kononnya durian runtuh yang diberikan kepada warga FELDA. Bak kata seorang Ustaz kita, jawabnya, kita akan tewaslah di semua 54 kawasan Parlimen dan 92 DUN ini. Itu sahaja jawabnya.

Ustaz itu sedih kerana orang FELDA ini memang mudah dibeli dengan duit ringgit. Mereka ini kumpulan yang sangat tamak dan tidak memegang kepada perjuangan. Dapat duit sikit mula berpeluh dahi. Dapat RM15,000 macamlah dunia nak kiamat.

Ana minta Ustaz-Ustaz kita jangan kecewa. Kita masuk dan tarbiyyah semula kawan-kawan kita ni. Jangan jadi hamba duit yang melampau-lampau.

Ana puji Najib sebab dia memang berani nak memberi. Ada peluang ajer, dia beri. Ada peluang ajer; dia bagi. Bila macam ini, susah lah kita nak lawan. Kita buatlah ANAK ke BAPAK ke, warga Felda yang mata duitan akan tetap memberi undi kepada UMNO dan BN.

PAS memang banyak buang masa dengan kumpulan ini. Kita masuk. Kita buat qiyam. Kita beri syarahan.Kita ajar fardhu ain. Kita ajar tentang kerajaan Islam. Bila dapat RM15,000, kita terus jadi jahat – dan mereka pula jadi baik. Apa punya pemikiran lah.

Ana terus sms seorang yang ana kenal sebagai jagoan UMNO dalam FELDA di Pahang.

‘Amacam Sheikh? Kira rasuah atau tidak RM15,000 yang antum semua dapat ni?’

Dia tak jawab pun. Malu lah tu. Malu pada diri sendiri.

Tak nak pula nampaknya Jawatankuasa Fatwa buat hukum kata ini adalah HARAM. Tak mahu? Kalau tak kira beli UNDI, ana tak tahu apa lagi yang kita nak panggil.

Tujuan Tun A Razak buat Felda ialah utk beri tanah secara sewa beli kpd ORANG MELAYU, ISLAM, MISKIN, TAK BERTANAH sebaik mereka melunaskan Bayaran Kembali (BK) dalam tempoh 20-25 tahun. Dah langsai hutang geran pulak tak keluar. Tanam semula melalui Felda akan memberi hutang baru kpd peneroka. NAK RANTAI PENEROKA SAMPAI KIAMAT KE?
Tipu grading, tipu buah, tipu minyak busuk, tipu minyak isirung. Sepatutnya peneroka Felda semua dah jadi jutawan di Malaysia dgn keluasan 10-12 ekar tanah sorang. UMNO balun cukup2. makan duit haram betul.
Kadar Perahan Grade (KPG / OER) di Ladang & Kilang FELDA Purata 18% & Below = Grade C hampir di semua Tanah Rancangan Felda. KPG 21% & Above = Grade A yg sepatutnya diperolehi oleh peneroka dinafikan. M’sian KPG Average 22%. Beza kalau 3% bermakna peneroka kerugian sbnyk RM50X3 X 112000 = RM16.8 juta/sebulan dirompak drp peneroka. Bil peneroka 112000 kecuali Penang, WP dan Sarawak. 
Minyak busuk/ minyak hitam/ mendapan pula : Setiap kilang ada 1 Kolam Mendap. Setiap minggu 5-6 Lori Dtg Sedut. Jika 1 liter =10 Sen, 1 Kolam = ? Tiada laporan. Tiada Audit! Pendapatan Cecah RM juta/setahun ! Minyak ini banyak di ekspot ke Indonesia utk hasilkan sabun, margerin dsb. PEROMPAK!!!
Setiap tan buah antara (90-100 biji) sekurang2 30 biji buah reject dgn alasan mengkal, muda dll. Buah reject sebenarnya diambil dan diproses juga bukan ditinggalkan diladang. Jika petik buah muda kena denda lagi. Ini cerita buah. memang diperbodohkan habis2 peneroka termasuk keluarga aku.

Jangan pula antum lupa bahawa pernah kena TIPU oleh FELDA selama ini. Lupa?