Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa MKI

Keputusan/ pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia adalah merupakan keputusan/ pandangan hukum yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. Keputusan/ pandangan yang dibuat sebenarnya tidak mengikat negeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut dan menjadikan ianya sebagai fatwa mengikut proses pembuatan/ pengeluaran fatwa negeri masing-masing. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa MKI hanya merupakan majlis diskusi/ muzakarah bagi membincang dan memutuskan sesuatu isu/ perkara yang memerlukan pandangan hukum khususnya yang berkaitan dengan isu/ persoalan yang bersifat nasional dan  melibatkan kepentingan seluruh persekutuan.

Maknanya apa? Maknanya, ini hanya pandangan. Pandangan. Pak Mat Kedai Kopi pun boleh bagi pandangan dan fatwa. Simple aje.

Nampak sangat kali ni terdesak dan tersedak sangat nampaknya sampai gunakan majlis fatwa untuk mengatakan Bersih 3.0 sebagai HARAM. Apa lah buat fatwa cap ayam begini? Tak membina Negara langsung.

Pada ana, majlis fatwa tak perlu nak masuk campur dengan benda-benda begini. Bersih ni pasal politik. Pasal penipuan. Kenapa ulama’ dan majlis fatwa tak buat FATWA khusus bahawa menipu juga sebagai HARAM. Guna duit rakyat untuk projek anak bini pun HARAM. Buatlah. Tiba-tiba bila BERSIH dah kuat, sokongan kita kepada Ambiga dah kuat – buat pula fatwa macam ini. Lawak pun ada.

Apa kata ulama’ lain? Dr Asri? Azhar Idrus? Semua kata OK. Siapa ulama’ dalam Majlis Fatwa nak buat benda macam ini. Berapa ramai daripada mereka ada video Youtube dan dapat menarik ratusan ribu viewer? Setengah tu, nama pun kita tak kenal dan tahu. Entah apa pengalaman dan kehebatannya.

Ini semua dendam pada Ambiga dan PAS. Mentang-mentang kita parti Islam, mereka guna fatwa nak perkecil kita. Nampak sangat sengkek.

Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang

Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
  1. Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang  menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
  2. Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;
  3. Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
  4. Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
  5. Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.

Ana rasa, sudah-sudahlah buat fatwa cap ayam macam ini. Buat malu Islam sahaja.

Advertisements