Ana setuju juga dengan pandangan pembaca, bahawa tidak semuanya positif selepas Bersih 3.0. Akan ada kesan politik. Itu kita faham. Bak kata Anwar pun, kita bukan baru sehari berpolitik. Ana dalam PAS sudah 37 tahun. Bukan baru semalam. Ada yang kata, kita terlalu jadi alat Ambiga. PAS sokong LGBT. Ini semua angin-angin yang boleh memberi kesan kepada kita. Ana akui.

Bukannya apa, semalam waktu hujan lebat, ana tersangkut di salah sebuah kedai makan di Pekan Sungai Besi. Ramai juga kalangan mereka yang duduk menunggu hujan reda, bercerita mengenai kesan Bersih 3.0. Pekan Sungai Besi – standardlah. Ramai lah ‘mat tiarap’ (askar) yang duduk minum. Semangat patriotik melampau-lampau. Padahal bukan pernah masuk hutan pun. Bau hutan pun tak pernah.

Mereka ada pandangan. Demikian juga bekas Polis, abang-abang Polis, konstabel-konstabel Polis yang hidup bawah paras kemiskinan pun ada pandangan. Mereka berhak ada pandangan, ana faham.

Kita kena hati-hati dengan perubahan ini. Kita tak nak lah sampai mereka kata PAS memusuhi Polis. Tidak sampai begitu. Kita tidak bermusuh dengan PDRM. Ana pun ada juga anak-anak saudara yang berkhidmat dalam Polis. Ana selalu pesan pada mereka – jangan taksub sangat dengan pasukan. Kena ingat, bahawa Allah jualah yang menjadi pemerintah paling agung. Alhamdulillah, mereka OK. Tak taksub sangat. Ini, kalau sampai nak junjung Pegawai nak buat kejadah apa. Budaya dalam Polis ni pun bukannya boleh pakai sangat. Mengarut.

Depan mata ana, ada seorang Pegawai Bukit Aman yang datang ke Kuching; sampai 7 buah kereta escort. Siap ada trafik lagi. Mengalahkan Menteri! Pada analah, ini semua kerja bangang. Menyusahkan. Sementara melayan Pegawai Bukit Aman, jenayah berleluasa. Bodoh punya kerja.

Ana nak sampaikan kepada abang-abang bekas Polis, adik-adik Pegawai, anak-anak konstabel capok – PAS tidak memusuhi Polis. Tidak sama sekali. Kami sayang anda semua – tapi sikap anda yang menerajang kami sewaktu berhimpun dengan Ambiga, memang melukakan hati kami. Anda semua layan kami macam binatang. Padahal kami sentiasa hormat dan sayang pada kalian.

Sementara itu, ana minta kita hati hati dengan strategi UMNO masa kini. Mereka banyak buat program dengan Polis – konon nak lagakan kita dengan Polis. Hampeh. Padahal, kita sayang dan cintakan Polis.

Pegawai-pegawai Bukit Aman pun tak payahlah anggap diri macam Tuhan. Bawa beristighfar. Anda semua makhluk Allah. Bukan Tuhan