Bodoh sangatlah kalau kita berpolitik sekadar nak jadi wakil rakyat dan tidak menggunakan kuasa. Apa yang kita beria-ia sangat nak nafikan kemenangan 2/3 BN di Parlimen? Kenapa? Sebab kita tidak mahu BN ubah Perlembagaan ikut suka hati dia. Pinda Perlembagaan, menggunakan Parlimen, untuk kepentingan parti itu tidak wajar dan tidak boleh diteruskan.

Ana bersetuju dengan cadangan Tuan Guru Haji Hadi bahawa soal ‘official religion’ ini tak penting sangat. Yang lebih penting adalah Islam diangkat sebagai addin dan way of life. Itu lebih penting dan utama dan wajar diperjuangkan. Itulah perjuangan PAS yang sebenar pun. Kita bukan nak perkataan official sahaja. Official ini ikut orang putih. Official sponsor. Pun boleh jadi official juga. Official wife – isteri pertama yang pemimpin UMNO bawa ke function-function pun boleh jadi official juga.

Official religion ini semua agenda penjajah. Bukan agenda kita. Bukan agenda perjuangan Islam. Perjuangan kita addin. Way of life. Islam itu agama yang menjadi way of life kepada pentadbir, ulama’ dan umara’.

Pada ana, siapa yang nasihatkan TG Haji Hadi dengan pengumuman ini memang pandai dan strategik. Dalam pada kita nak perkukuhkan semangat PAS for All, ayat official religion itu macam nak mengenepikan bangsa dan agama lain. Siapa kita nak letak agama lain sebagai ‘un-official’. Mana boleh. Kita kena letak Islam sebagai way of life; kepada pemimpin utama Negara. Itu yang penting.

Bayangkan kalau Islam sebagai addin – takkan ada lah aksi kawan-kawan pimpinan PR kita dalam toilet dan sebagainya. Ini sebab Islam tak diangkat sebagai way of life lah ni. Sebab Islam pada mereka ‘official’ sahaja. Bila dalam function baru Islam. Luar function, mereka ikut suka nak jadi apa pun.

Pada ana, ini tarbiyyah yang sangat menarik oleh TG Haji Hadi. Sebagai pendokong parti politik, kita mesti ada keinginan untuk menukar sistem dan struktur. Bukan setakat ikut sahaja membabi buta.

Islam sebagai “ad-din” mencakupi segenap kehidupan manusia. Kedatangan
Islam menentang dan menghapuskan segala bentuk fahaman, perbuatan,
amalan yang melampau, keji, zalim, syirik dan seumpamanya. Sebagai
agama yang syumul, Islam telah menggariskan akidah, syariah dan akhlak
sebagai asas yang penting dalam pembentukan ide-ide, nilai-nilai dan budaya
masyarakat Islam.