Kuat betul ana tengok media pro-UMNO menyalahkan Tok Guru kerana memberikan duit poket kepada kalangan peserta Bersih. Ana pun tak tahu apa yang jadi masalah sangat. Tok Guru memang diketahui sebagai penyokong kuat Ambiga/Bersih 3.0. Ini perjuangan rakyat menentang penipuan. Ianya tidak salah. Ianya digalakkan di dalam Islam. Pada analah, hanya orang yang tidak siuman sahaja yang menyalahkan Tok Guru berbuat demikian.

Pada ana, kalau boleh, duit zakat pun kita pakai untuk jatuhkan kerajaan yang tak betul. Apa salahnya? Fisabilillah! Fisabilillah ini besar maknanya. Kalau di Syria, menjatuhkan rejim Basyar itu memang jadi agenda rakyat. Kalau perlu guna duit zakat pun, ana rasa, kita patut guna.

Memanglah ada insiden kes abang Polis kena pukul. Dah ramai. Benda biasalah tu. Kalau takut tengok darah barang secawan dua, baik duduk rumah dan tengok VCD haram cerita Avengers. Nama pun Polis. Buat cara dan kerja macam Polis. Jangan jadi pondan.

Polis pun ana tengok, terlalu terikut dengan arahan pemerintah. Tak bertanya. Takut nak melawan. Apa punya Polis. Takkanlah nak pukul rakyat sendiri atas nama tugasan. Yang ana nampaklah, kebanyakan budak-budak konstabel baru bersunat yang jaga pendemonstrasi. Budak-budak muda. Kena hamun sikit, dia naik angin lebih-lebih. Nafsu tak boleh kawal. Tengah miang. Kerbau dan lembu yang tengah ‘miang’, memang garang. Ana takrifkan begitu sahaja.

Secara keseluruhan, ana nak ucap terima kasih kepada Ambiga dan DAP. Pada ana, dua ini memang banyak berjasa kepada PAS. Ambiga, pada ana, akan memberikan PAS banyak undi orang Cina berbanding PKR. Ana nampak sendiri.

Pada ana, pada ketika PAS agak senyap dan tidak ada qiyadah yang mempersona, Ambiga memang ikon kepada PAS. Manakan tidak, dengan agenda dia seorang sahaja, ratusan ribu anak Melayu/Cina/India yang turun ke jalanan. Luar biasa.

Ana nak terima kasih juga kepada DAP – sebab kalangan yang ana jumpa, memang anak muda DAP yang macam kita. Idealisme tinggi. Mereka tak takut dengan PAS. Mereka tak takut dengan Islam. Mereka tak takut dengan hudud. Memang hebat.

Ana berdoa, Ambiga akan diberikan kesihatan dan terus menjadi pembantu yang baik kepada pemerkasaan politik PAS. Ana juga doa, kalangan pimpinan PAS akan buka pintu untuk Ambiga bertanding atas tiket PAS. Bukan parti lain. Pada ana, kalau Ambiga bertanding atas tiket PAS – dia akan memberikan lebih kekuatan kepada PAS dalam masa yang akan datang. Nak bagi UMNO malu lagi, letak Ambiga di Kelantan. Tanding di Kota Bharu. Memang jawabnya UMNO akan pening kepala.

Ambiga banyak membantu politik kita. Pada ana, kalau muktamar akan datang, ana cadang Ambiga diangkat sebagai – IKON POLITIK PAS 2011/2012. Kenapa tidak?

Advertisements