Jawatan mufti akan dinaikkan taraf setara dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan akan menerima faedah yang sama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) di Putrajaya, semalam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri menteri-menteri besar, EXCO agama dan Majlis Agama Islam negeri seluruh negara.
“Setaraf ini misalnya daripada segi taraf, protokol, penggajian, elaun serta kemudahan yang diguna pakai oleh EXCO, kita mengangkat taraf mereka ini agar pengurusan pentadbiran agama dilihat dengan baik dan mempunyai penghormatan tinggi

“Keputusan ini tidak akan membabitkan pertindihan tugas dengan EXCO agama kerana EXCO hanya bertugas memantau aspek pentadbiran dan aktiviti keagamaan, manakala bidang tugas mufti menjurus kepada penggunaan fatwa, hukum hakam, tauliah pengajaran dan aspek keagamaan yang lebih mendalam,” katanya selepas sesi dialog bersama pelajar Diploma Pentadbiran Islam anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, semalam.

Ana nampak ini semua jalan UMNO nak gemukkan MUFTI dan terus mempertahan Kerajaan yang ada.

Taktik lapok. Orang dah tak pakai dah taktik ni.

Jamil Khir mungkin rasa ini adalah perjuangan peribadi dia. Ana minta maaflah, soal Mufti ini bukan soal protokol dan kedudukan. Soal lebih besar adalah apakah pandangan Mufti itu dirai oleh umara’? Itu lebih utama dan penting. Kalau setakay gaji berbelas ribu, tetapi MUFTI dibisukan dengan arahan dan peraturan, untuk apa?

Sekarang ini kita pun tahu, Mufti Perak misalnya, adalah juga Ketua Penerangan Hal Ehwal Islam UMNO. UMNO cakap. Dia ikut. Dia letak ayat Quran bagi halalkan. Kalau setakat Mufti jenis ini, diberi pulak jawatan setaraf Exco, makin naik minyaklah. Lagi kuat lah hentam PAS dan kuatkan UMNO. Apakah ini peranan MUFTI?

Tengok sahaja jawapan yang diberikan Mufti Perak pada satu ketika:-

Ingin saya tegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja, malah lebih dari itu apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak seperti mana yang berlaku di zaman pemerintahan Al Muzaffar Qutuz (1259-1260m) yang sedang dilanda kegawatan perang dengan tentera Tartar. Pemerintah ketika itu memohon pandangan Ulama’ terutamanya dari As Syeikh Izzudin Abdul Salam (sultanul Ulama’) bagi mengenakan cukai kepada rakyat bagi menampung kos peperangan sehingga ulama’ tersebut dikritik oleh pemerintah sendiri.

Saya sendiri dalam pelbagai hal telah mengutarakan pelbagai teguran dan pandangan termasuk isu murtad dan konsert Sure/Jom Heboh dan IFC yang melibatkan pemerintah. Dalam hal ini, saya berkeyakinan bahawa pandangan yang diberikan adalah berdasarkan tugasan saya sebagai seorang mufti.

Kalau setakat HARAM Jom Heboh – lepas itu dapat gaji RM20 ribu sebulan….ana rasa tak sesuai dan tak padan. Ini semua jalan nak habiskan duit. Apatah lagi kalau Mufti jadi ahli JATI. Lagi lah tak elok rupanya.

Advertisements