BERSIH juga pejuang LGBT? Suka-suka sahaja depa ni buat cerita. Jangan buat fitnah yang melampau. Yang sokong LGBT bukan Bersih, tapi Ambiga. Sebagai seorang individu, Ambiga berhak buat apa sahaja pendirian. Individu ingat tu. Bersih bukan agenda individu. Bersih agenda besar. Nasional. Nak tangani pengundi hantu.

Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Menurutnya, menghadiri program itu suatu  kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam.

“Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram.

Ana tak faham lagi jenis orang yang tak mahu dengar perintah dan saranan Ulama’. Ke mana mereka nak bawa agama dan diri mereka? Seruan TG Nik Aziz ini mesti kita dengar dan santuni dengan sebaiknya. Sebagai pemimpin Islam yang disenangi kawan dan lawan, tiada salahnya kalau kita dengar dan menurut sahaja seruan Tuan Guru ini.

Soal Ambiga sokong LGBT ini soal lain. Tak ada kena mengena dengan pengundi hantu. Ambiga sokong lesbian, gay, biseksual dan transeksual atas dasar hak asasi manusia. Betul juga.

Ana harap kawan-kawan dapat turun dan tidak menganggap Bersih sebagai agenda LGBT. Ini semua kerja kempen UMNO. Ambiga sokong LGBT mungkin betul. Itu hak peribadi dia. Bersih tak sokong LGBT. Walaupun mungkin ramai yang sokong Bersih adalah LGBT.

Kita jangan fikir LGBT sangatlah. Kita fikir Ambiga, Tok Guru dan Pak Samad cukup,