Tindakan boikot pilihan raya sekiranya tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) BERSIH 3.0 dan wakil pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) di parlimen akan memberi kesan besar terhadap kredibiliti kerajaan BN.

Selain itu tindakan boikot tersebut juga mampu menjejaskan ekonomi sekaligus menyebabkan parti peneraju kerajaan pusat harus berfikir lebih mendalam untuk menerima impak tersebut.

Demikian menurut Pensyarah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik ketika diwawancara baru-baru ini.

“Saya rasa jikalau keadaan teruk dan tidak berubah kemungkinan parti-parti politik pembangkang akan boikot pilihan raya, itu sahaja. Itu cara yang lebih mudah untuk mereka lakukan berbanding turun ke jalan raya.

“Kalau boikot pilihan raya, ini suatu kesan yang besar sebenarnya di peringkat antarabangsa.

“Imej Malaysia akan terjejas jikalau parti-parti politik boikot pilihan raya.

Ana tidaklah belajar setinggi Dr Maszlee. Dia lebih bijak pastinya. Almaklum. Professor. Bukan prof kangkung. Ini real punya Prof.

Tapi pada ana lah, kalau setakat IMEJ yang terjejas, Najib peduli apa. Najib boleh upah APCO bina semula imej di peringkat antarabangsa. Tak perlu nak endahkan dengan parti pembangkang.

Lagipun, Najib boleh sahaja tubuhkan satu atau dua parti pembangkang untuk cover kalau kita boikot.

Minta maaflah Prof. Ana tak setuju boikot-boikot ni. Kerja bodoh.

Advertisements