Ana memang peminat tegar blog dan status updates Abang Sayuti. Pada ana, dia lagenda PAS dalam media baru. Sangat hebat. Ideanya bernas. Pemikirannya sangat adil dan membuatkan kita berfikir panjang. Kadang-kadang Abang Sayuti ni kritik parti sendiri. Kritik bukan sebab dia tak sayang. Kritik sebab dia sayang dan ambil berat.

Bukan seorang yang komplen ke telinga ana, mengenai sikap Kerajaan Kelantan yang terlalu mudah beri tanah kepada Lim Kok Wing ini. Ramai. Malahan ada sahaja pengusaha kolej/pusat pendidikan Melayu/Islam yang minta tanah yang sama. Tapi tak diberi.

Sebab itu ana tak salahkan Abang Sayuti nak sebut benda sama. Ana pun dengar komplen yang sama.

Tok Guru mungkin tak tahu, sewaktu PRN Sarawak yang lalu, Lim Kok Wing inilah yang diberikan bajet puluhan juta untuk memburukkan Pakatan Rakyat. Sampai habis peluang PAS nak menang di satu atau dua DUN. Tok Guru mungkin tak tahu, Lim Kok Wing ini adalah insan kesayangan Tun Mahathir yang sentiasa berfikir untuk merosakkan imej dan kedudukan PAS.

Ana tak tahulah siapa yang nasihat Tok Guru. Tapi ramai yang kata Lim Kok Wing akan bawa BUDAYA liar ke Kelantan. Tok Guru pernah pergi kolej Lim Kok Wing. Kebanyakannya pakai seluar pendek sahaja pergi kelas. Budaya apa kita nak import ke Kelantan ni? Budaya hedonisme?

Pemberian ini bahaya kepada politik PAS. Bukan soal 20 hektar tanah – tapi dosa-dosa maksiat yang jauh lebih berhektar-hektar.

Mohd Sayuti Omar

Kerajaan Kelantan telah membuka peluang kepada universiti Limkokwing untuk membuka kampus di negeri berkenaan. Seluas 20 hektar tanah di Machang dikenal pasti untuk tujuan itu. Kata MB Kelantan mementingkan pendidikan. Kita setuju. Tetapi kerajaan hendaknya memberi kebebasan ebgitu sahaja kepada Limkokwing. Kalau boleh kerajaan Kelanhtan ada hak dan diberi kuasa mengawal pembelajaran di universiti berkenaan bagi mengelakkan ia menjadi tempat menyuburkan doktrin ataupun fahaman atau pun akal budi yang tak selari dengan rakyat Kelantan. Al maklumlah universiti Limkokokwing fokusnya kepada ilmu duniawi semata-mata dan tidak akhirat. Sedangkan selama ini MB sangat menekankan kepada kedua-duanya sekali. Beliau selalu berkata selepas hidup dan mati ada lagi satu ‘dunia’. Saya bimbang Limkokwing akan menjadi pondok modern?

Pondok moden atau pusat maksiat? Wallahu’alam.

Advertisements