Ana nak ingatkan adik-adik mahasiswa, menunjukkan idealisme itu boleh dan baik. Menunjuk garang itu pun bagus. Barulah nampak karisma anak muda. Memberikan pandangan pun bagus. Berjuang di atas landasan yang kita percaya pun molek dan bagus. Ini latihan yang bagus kepada anak-anak muda kita. Supaya tak jadi yes man macam anak-anak orang UMNO. Kita kena semai semangat berani kepada jiwa anak muda kita.

Ana setuju mereka berarak dan berdemo. Daripada merempit, jadi bohjan, jahanamkan anak dara orang, elok mereka turun ke jalan, berjuang atas nama Bersih, Hijau, PTPTN, anti ISA, anti PPSMI dan sebagainya. Ini jiwa anak muda. Pak Cik pun pernah muda anak oi. Generasi Hishammudin Rais. Bukan Hishammuddin Husin. Itu generasi pondan. Pak Cik generasi Hisham Rais. Memang power. Mana PM/Menteri yang tak takut dengan mahasiswa. Kena jerkah, ada Menteri yang terkencing. Itu zaman dulu lah.

Pak Cik hormat semangat korang. Tidur di Dataran. Makan. Solat. Belajar. Ini semangat yang kita mahu. Ini namanya jihad di atas jalan yang kita percaya.

Tapi, suka Pak Cik nak ingatkan, bab kalung dan panggil Najib sebagai ‘Allahyarham’, ‘Mendiang’, Rosmah sudah menjanda, Mendiang Khaled Nordin ini – pada Pak Cik lah, dah jauh melampau. Korang ni sudah hilang adab dan jadi perosak kepada nama baik PAS.

Ok lah, korang kata, PAS tak terlibat – tapi malam kelmarin Abang Mat, MB Perak Nizar pun turun. Pak Cik pun pernah jumpa Khalid Ismath ini tak lama dulu. Memang semangat nak perjuang parti. Tapi akal ada sikit taruk kat lutut. Main ikut suka. Ayah Khalid Ismath pun Pak Cik kenal baik.

Tapi Nabi dan agama kita tak mengajar nak maki hamun sampai macam itu. Itu sudah melampau. Pak Cik mengaku, ada kala Pak Cik pun tulis guna bahasa kasar. Tapi, ini sekadar permainan bahasa. Tak ada lah sampai kata orang Allahyarham dan Mendiang. Melampau sangat tu.

Pak Cik nasihatkan, dalam perjuangan, mesti ada panduan dan akhlak. Jangan main balun sahaja. Kena jaga akhlak sama. Sampai letak kalungan bunga pada orang, buat macam depa agama lain ni, sudah perjuangan yang tak ada adab.

Antaranya Firman Allah S.W.T.maksudnya: Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik(mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya(menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh-contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk [mati] yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.
(Surah Ibrahim: 24-26)

* kredit gambar kepada jurugambar UMNO, minaq jinggo. gambar hiasan sahaja, Pak Cik itu bukan mahasiswa.