Ana ucap setinggi tahniah di atas kejayaan PAS Miri menjayakan lawatan kerja Timbalan Presiden kita di Miri. Sambutan hebat. Walaupun sambutan pengundi Cina masih di peringkat suam kuku, tapi ada peningkatan. Sudah nampak sangat, PAS semakin diterima oleh rakyat Borneo. Abang Mat dah macam VVIP. Disambut dengan baik oleh masyarakat setempat. Malahan, ada kalangan ahli PAS Sarawak yang menjemput Abang Mat bertanding di Miri. Haha…baru betul hebat.

Lawatan sambil kerja 2 hari yang lalu Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu @ Mat Sabu di Miri dan Sibuti mendapat sambutan hangat dari masyarakat tempatan.

Pada sebelah malam, Hj Mat Sabu telah bertemu dengan penduduk di kg Lusut Jaya 1 di kawasan lambir, Walaupun pada mulanya perjumpaan bersama penduduk hendak diadakan di kawasan dewan masyarakat di Taman Tunku, tetapi di saat-saat akhir terpaksa dibatal disebabkan oleh ada halangan oleh pihak tertentu. Walau bagaimana pun program Mesra Rakyat bersama Hj Mat Sabu tetap diteruskan, di kg Lusut Jaya 1 di salah sebuah rumah penduduk, kampung tersebut. Jalan menuju ke kampung tersebut agak teruk dan becak sewaktu musim hujan dan penduduk kampung tersebut sudah lama menanti janji pihak kerajaan untuk menurap jalan tersebut tetapi sehingga kini belum ada tanda-tanda jalan tersebut diturap dengan tar.

Kerjasama erat kita dengan DAP Sarawak (Miri) memang luar jangkaan. Sebab itu ana selalu ulang, kita senang kerja dengan DAP daripada PKR. DAP tak tanya pasal siapa tampung kos. Makan malam mereka sahaja dapat collect ratusan ribu. Semua digunakan untuk gerakan politik. Malahan, Abang Mat punya lawatan pun banyak menumpang ihsan warga DAP. Luar biasa.

Diantara pimpinan tempatan yang hadir adalah Jofri Jaraiee YDP PAS Miri, Dr Micheal Teo Ketua cabang PKR Miri, Zuhaidah timbalan ketua cabang PKR Miri , Mdm Lim Su Kien wakil DAP Miri dan lain-lain.

Pada malam tersebut, Hj Mat Sabu menceritakan hal yang berkenaan dengan isu-isu semasa diantaranya masalah wang rakyat yang disalahgunakan oleh pemerintah BN dimana sekiranya Malaysia terus diperintah oleh kerajaan BN (Barisan Nasional) selepas PRU13 nanti, negara ini akan jatuh muflis seperti Greece. Sekiranya 5 tahun lagi BN memerintah pada masa itu sesiapa saja yang hendak ambil alih kerajaan, BN akan serah terus kuasa tanpa perlu ada pengundian sebab pada masa itu negara sudah jatuh bangkrap dan wang pun sudah habis digunakan oleh pemimpin BN.

PKR harap hantar pemimpin sahaja. Sokongan tak ada.

Abang Mat berbincang lama di hotel dengan Madam Lim Su Kien; dijangka bertanding dalam PRU akan datang. Kita harap kerjasama Abang Mat dan Madam Lim akan berkekalan sehingga PRU nanti. Lim Su Kien pernah kalah bertanding di Bintulu. Kali ini dijangka bertanding di Miri.

CV Lim Su Kien:-

Lim Su Kien’s CVDAP Candidate for P.217 Bintulu

Gender: Female
DOB: 8th July 1973
Marital Status: Married with 1 boy
Occupation: AIA Insurance Agent (Business Development Manager)
Address: Lot 4125 Hyde Park Jalan Bakam 98000 Miri
Tel: 019-884 6104
email: eunice7373@yahoo.com

Born in Miri, moved to Bintulu since 9 yrs old
Father: Lim Khim Boon (58 yrs old)
Mother: P’ng Guak Siang (58 yrs old)

Studied in SJK(c) Chung Hua Miri – Primary 1 – 3
SRK Chung Hua Bintulu – Primary 3 – 6
SMK Bintulu – Form 1 – 5
Stamford College Kuching – Diploma in Computer Programming

Hobby: Reading, swimming and badminton

Working experience: worked in Maybank for 12 years , completed IBBM course, as a Financial Executive before leaving the bank. Represented Sarawak Maybank badminton player in Maybank Games Malaysia. Joined AIA in 29 Nov 2006, started insurance business in 2007. Awarded as top Rookie agent in Miri and the whole Sarawak. Won trip to Vietnam, Club Med, Shen Zhen, Star Cruise and Hokaido.

Advertisements