Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai “Cukai Salahuddin“. Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.

Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal.

Kali ini, PAS akan hantar seorang laksanama hebat zaman baru, yang bernama Salahuddin Ayub ke daerah Batu Pahat di Johor. Kita nak buka halaman orang Johor kepada pemerintahan yang lebih Islam dan sungguh-sungguh membela rakyat.

Ada kawan-kawan kata, Salahuddin tanding di Batu Pahat ini macam ‘hantor nyawa’ (kata orang Johor). Confirm bungkus. Tapi pada ana, Salahuddin kena ambil semangat dan kesungguhan pahlawan terdahulu. Johor ni kira macam Baitulmaqdis juga. Jenis UMNO nak pertahan macam orang gila. Kita akan bebaskan Johor daripada belenggu pemikiran UMNO yang lama dan dah tak relevan.

Pada ana, orang Johor ini dah macam terlalu mabuk dengan UMNO. Macam tanpa UMNO dia orang tak boleh hidup dan bernafas. Ikut sahaja cakap dan undi parti yang sama. Orang macam Mat Aziz yang kayakan bini dan keluarga pun disayang-sayang. Puad Zakarshi pun nak ditatang-tatang. Cina yang terkantoi ada video main dengan gadis Cina pun masih diundi oleh orang Melayu Johor. Memang mabuk.

Salahuddin jangan takut dan gentar. Dengan perancangan yang baik dan tersusun, kita boleh menawan Johor. Salahuddin ada karisma dan kemampuan. Katanya, PKR pun sanggup bantu dengan kewangan, asalkan Johor dapat kita bebaskan daripada cengkaman UMNO. Kita cuba sehabis baik!!! Insya’ALlah.

Kalau tengok gambar Salahuddin, ada gaya MB Johor!!!