Ana tahulah ini isu lama. Tapi ana rasa, kita jangan terlalu takut untuk bicara tentang kebenaran. Kita kena berdepan dengan hakikat kehidupan. TG Nik Aziz tidak akan selamanya kekal dalam kamus politik kita. TG semakin uzur. Semakin lemah. Ana yang sempat jumpa di hospital kelmarin pun rasa sayu. Takut dengan kemungkinan…

Sampai bila kita nak rasa rakut. Kita perlu terima jika keluarga TG Nik Aziz mahukan masa yang lebih bersama beliau. Selama ini terlalu sibuk dengan politik. Terlalu sibuk dengan PAS sampaikan keluarga pun rasa terpencil. Nasib baik menantu agak rapat dengan TG. Adalah juga kalangan ahli keluarga yang perhati kesihatan TG di pejabat.

Ana bangkitkan perkara ini, sebab kalangan jemaah kita sendiri tertanya-tanya dan semakin khuatir. Khuatir dengan apa yang sedang berlaku. Andai kata PAS tidak mampu mencari pengganti dalam masa yang terdekat, UMNO akan bermaharajalela di Kelantan. Tak ada lagi imej zuhud dan bersih.

Kita kena banyak rujuk kepada sirah dalam menentukan perlantikan pengganti TG Nik Aziz.

“Sesiapa yang berbai’ah kepada seorang lelaki tanpa mesyuarat dengan muslimin maka janganlah diikutinya dan orang yang dibai’ahkannya..keduanya akan dibunuh.”

Kita jangan ikut sedap sendiri sahaja. Kena ikut jamaah. Bukan ikut diri sendiri.

Syarat-syarat umum pada seluruh wilayah dalam daulah Islam.

1.  Islam

2.  Berakal

3.  Lelaki

4.  Merdeka

5.  Adil

6.  Berilmu

7.    Bijaksana dan hikmah

Tugas ‘Ahli al-Halli wa al-‘Aqd

1.  Memilih khalifah dan berbai’ah untuknya.

2.   Membezakan antara dua orang yang dicalunkan sebagai khalifah.

3.  Berbai’ah kepada yang lebih memberi manfaat.

4.  Memecat khalifah.


Dalam PAS siapa al-Halli wa al-Aqd? Majlis syura sahaja? PAS Kelantan sahaja? PAS Pusat sahaja? Ana dah dengar kalangan orang kita sendiri bertanya tentang siapa selepas TG Nik Aziz. Pada ana, ini satu soalan yang sangat adil. Kita perlukan satu nama yang boleh dinobatkan sebagai pemimpin PAS Kelantan selepas TG Nik Aziz. Wajib. Bagi elak masalah.

Berat amanah yang dibawa TG kita ini. Jangan kita tekan lagi kesihatan TG dengan masalah politik. Ana sayang TG. Bukannya ana benci. Ana mahu TG berehat dan tidak ditekan dengan pelbagai isu politik. Terjejas kesihatan nanti.

Kita tahulah, menjelang pilihanraya ini, banyak tekanan. Anwar tekan. DAP tekan. Orang PAS sendiri pun dok tekan. Mereka tak sayang TG macam kita.