Ana dijemput ke Tanamera di Sungai Buloh. Rumah anak Datuk Harun Idris. Hebat. Besar dan mewah. Menampakkan memang anak beranak UMNO ni jenis kaya raya semuanya. Arwah bapak jadi MB Rasuah pun – anak cucu boleh tumpang kaya. Hebat. AMANAH ni, pada ana, macam kumpulan Melayu elit lah. Bukan dia orang peduli pun masalah Melayu miskin dan tak mampu. Mereka ni jenis dalam poket RM1 juta setiap masa. Nak apapun boleh dapat. Horse Ranch, Tanamera Bt. 20, Jalan Kuala Selangor, Sungai Buloh. Rumah pun ada kuda berkeliaran. Melayu AMANAH apa macam tu?

Harun Idris dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun setelah didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM250,000 dari Hong Kong and Shanghai Banking Corporation.Beliau dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 6 bulan lagi setelah didapati bersalah menyalahgunakan wang Bank Kerjasama Rakyat sebanyak RM8 juta.Beliau ketika itu adalah Pengerusi Bank Rakyat . Kertas putih mengenai masalah Bank Rakyat dikeluarkan pada 1979.

Banglo mewah “hacienda” milik beliau yang dinamakan Tanamera terletak di Kuang, Selangor. Banglo itu terletak di sebuah estet yang mempunyai padang polo dan beberapa ekor kuda.

Harun dipersalahkan kerana tuduhan rasuah berkaitan dengan Bank Rakyat. Pada tahun 1975, perlawanan tinju antarabangsa diadakan di Kuala Lumpur antara Muhammad Ali dari Amerika Syarikat dengan Joe Bugner dari Britain. Pertandingan ini tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya menyebabkan beliau dibicarakan dan dihukum penjara selama 8 tahun.

Pada 1 Mac 1977, Harun dipenjarakan di Penjara Pudu selama tiga setengah tahun, iaitu selepas menjalani setengah daripada hukumannya yang sepatutnya tamat pada tahun 1984. Beliau dibebaskan pada tahun 1981 selepas Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4

Ucapan Ku Li pada ana setakat biasa-biasa sahaja. Macam tak bermaya. Agaknya tahu riwayat politiknya semakin menuju gaung. Sebab itu cakap pun tak berapa nak dengar. Macam dalam kelambu pun ada.

Kelibat orang PAS pun tak ramai. Ada, tapi tak ramai. Boleh beza antara kenderaan MELAYU AMANAH dengan MELAYU yang lain. Melayu AMANAH semua pakai kereta hebat, Porsche Cayenne, X6, Ferrari – yang bawa kereta cabuk dan bagai nak tercabut ekzos tu kira macam ana lah. Kesian pun ada. Melayu ELIT nak gunakan AMANAH sebagai tempat nak kekalkan jawatan.

Ana minta maaflah, ana hanya akan hormat Ku Li kalau dia cium dan peluk dengan PAS. Kalau setakat nak main geli-geli, ana tak minatlah. Nampak sangat perjuangan untuk kepentingan diri dan kumpulan kecil.

Siapa lagi ada semalam?

Adalah wajah-wajah macam Saidin Tamby (kaki rasuah di Selangor), Mamak Kulim – semua jenis wajah-wajah politik yang semakin mereput dan hilang kewibawaan. AMANAH apa nya kalau semua jenis wajah RASUAH? Baik bagi nama RASUAH. Senang cerita. Tak hipokrit.

Ana bertanya Ku Li mengenai PAS. Ku Li diam dan senyum sahaja. ‘PAS macam itulah…’, kata Ku Li. Apa maknanya pun ana tak tahu.

Kadang-kadang rasa buang masa juga berkawan dengan anak raja perasan macam Ku Li ni. Muak pun ada.

Advertisements