PAS hari ini menyatakan sokongan terhadap hasrat NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang akan mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini.

Sehubungan itu juga, naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, PAS juga tidak teragak-agak untuk menyertai himpunan itu kerana ia selari dengan perjuangan parti itu yang menuntut pembersihan daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malah katanya, ia juga selari dengan kandungan laporan minoriti yang ditolak oleh Dewan Rakyat semalam untuk dilampirkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

“Kita akan menyertai perhimpunan itu selain terus memperjuangkan kandungan laporan minoriti,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditanya pendirian parti itu terhadap pengumuman himpunan Bersih 3.0 oleh Pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said pagi tadi. Bagaimanapun pendirian rasmi PAS berhubung perkara itu dijangka akan diumumkan timbalan presidennya Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS pada satu sidang media khas esok.

Ana percaya, berbanding dengan Ambiga, Pak Samad akan memberikan PAS kekuatan politik. Dulu, kita yang kena sibuk cuci masalah dia. Pak Samad lain. Dia bersih dan tidak terpalit dengan masalah yang besar. Adalah isu pasal royalti kononnya, tapi ini semua kerja buat UMNO/BN.

Bersih 3.0 pada ana memang final sebelum kita masuk pilihanraya. Sepupu-sepapat ana di Johor sudah maklumkan, pekan Batu Pahat dah jadi macam kena ambush dengan poster dan persediaan terima PM. Memang all out dia orang nak pertahan Johor. Kita tak boleh duduk diam.

Bersih memang mampu jadi alat kita nak dapatkan semula sokongan rakyat. Kita kena sokong dengan sepenuh hati. Ana akan ajak semua kaum keluarga turun dan terlibat. Kalau dulu, orang kutuk kita sebab sokong Ambiga. Tapi kali ini kita nak sokong Pak Samad. Amacam der.