Ana rasa, kita patut tengok semula apa yang pernah kita janjikan kepada rakyat di Kedah. Ana katakan ini, sebab dalam lawatan yang dibuat oleh kumpulan pemerhati politik UKM di Kedah, banyak isu yang dibangkitkan oleh rakyat kepada mereka. Ana kebetulan rapat dengan salah seorang pensyarah tersebut, dan dia menuliskan kepada ana beberapa janji PAS Kedah yang masih belum dilaksana sampai ketika ini.

Ana cuma takut dan khuatir, kalau kita tak selesaikan isu ini, orang ramai akan kembali menyalahkan kita dalam PRU nanti. Susah kita nak jawab nanti.

Situasi politik kita di Kedah pun tak stabil. Nasib kita baik, sebab UMNO pun huru hara. Kalau tidak kita akan berdepan dengan masalah.

* Janji memberi elaun kepada tok imam dan bilal masjid.

* Janji untuk menubuhkan Institusi Ar-Rahn untuk golongan berpendapatan rendah.

* Janji hendak tambah hasil penternak keli di bawah projek Kedah Agro.

* Janji ada Dana Teroka untuk peniaga Bumiputera.

* Janji kemungkinan untuk menurunkan caj air demi kebajikan rakyat. Apa yang berlaku ialah rakyat kena bayar bil air di pejabat SADA sahaja. Juga masalah kekurangan air di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kadar caj air yang berbeza-beza di Kulim High Tech.

* Janji hendak beri perlindungan Takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum.

* Janji hendak membina kemudahan sukan khusus untuk wanita.

* Janji hendak tingkat aktiviti pelancongan. Yang berlaku adalah kemerosotan pelancong dari luar yang berkunjung ke negeri Kedah.

* Janji henda beri cuti edah selama 30 hari kepada wanita yang kematian suami dan 14 hari untuk suami kematian isteri.

Ana tegur ikhlas. Kalau kita janji, kita kena laksana.

Allah SWT berfirman ” sebenarnya siapa yg menepati janji nya dan bertakwa maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yg bertaqwa.” Dalam sisi lain Islam juga mencela bagi mereka yg menghianati amanat. Allah SWT berfirman “Sesungguhnya binatang yg paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yg kafir krn mereka itu tidak beriman. orang-orang yg kamu telah mengambil perjanjian dgn mereka sesudah itu mereka menghianati janjinya pada tiap kalinya dan mereka tidak takut .”

Advertisements