Jalan raya dan pilihan raya, kedua-duanya mesti jadi pilihan untuk menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

“(Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri) Khaled Nordin suruh mahasiswa yang mahu menuntut pemansuhan PTPTN supaya menggunakan peti undi dan bukan demonstrasi.

“Sebenarnya semua jalan yang selaras dengan amalan demokrasi mesti digunakan untuk menuntut pemansuhan PTPTN, tidak kira (berdemonstrasi di) jalan raya atau pilihan raya,” kata beliau.

Bagi Mohamad, jika mahasiswa berdemonstrasi di jalan raya, kerajaanlah yang menyebabkan tindakan itu dipilih oleh mereka.

“Kepada (Tan Sri) Tajudin Ramli, senang-senang kerajaan hapus kira hutang RM589 juta dan kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) pula senang-senang kerajaan bagi pinjaman mudah RM250 juta.

“Itu kepada mereka berdua. Bolehkah rakyat percaya pemimpin Umno lain, keluarga serta kroni mereka sanggup tengok begitu sahaja Tajudin dan keluarga Shahrizat mendapat habuan lumayan?” kata beliau.

Nampaknya Abang Mat Sabu sudah siap sedia nak jadi champiun bab PTPTN. Ana suka. Memang strategik isu ini. Kalau dibuatnya semua orang muda mengundi PAS dan DAP, mahu menang kita! Takbir!

Dalam masa yang sama, ana harap juga agar kepimpinan PAS tengok semula semua janji-janji pilihanraya yang lain, baik di Kedah dan Kelantan. Jangan alpa. Kita kena muhasabah semula apa janji kita kepada rakyat. Kalau dah buat, mesti ceritakan. Kalau belum, mesti terangkan kepada belum.

Dalam idea Negara Berkebajikan, kita janji beberapa perkara:-

  • Membela kebajikan rakyat;
  • Melindungi keselamatan;
  • Memulihkan maruah;
  • Mempertahan keluhuran dan kedaulatan undang-undang;
  • Mengembalikan amalan demokrasi;
  • Menamatkan keangkuhan dan penguatkuasaan mutlak UMNO dan BN

Kita dah buat semua?