PAS Kelantan belum berbincang kedudukan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang sedia bertanding sebagai calon bebas jika tidak dicalonkan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Wan Nik Wan Yusoff berkata, setakat ini pihaknya hanya mengambil maklum perkara itu dan sedang melihat perkembangan berhubung perkara itu dari semasa ke semasa.

“Kita belum bincang perkara itu walaupun pandangan di peringkat pimpinan secara peribadi sudah ada. Tapi merumuskan pandangan-pandangan itu belum ada.

“Setakat ini kita ambil maklum segala perkembangan beliau (Ku Li) dan kita akan lihat dari masa ke masa,” katanya kepada Harakahdaily.

Pada ana, kita berilah peluang kepada Ku Li memberikan impak di dalam kemenangan kita di Kelantan nanti. Ini bukan soal nak ambil orang luar. Ku Li orang Kelantan. Kuat menyokong kita dalam isu royalti minyak.

Pada ana, kalau kita boleh dapat Ku Li bertanding atas tiket PAS – UMNO Kelantan akan almarhum dengan lebih cepat. Kita dah boleh talkinkan sekarang. Tak payah tunggu pilihanraya. Meninggal. Confirm. Macam itulah kuatnya pengaruh Ku Li di Kelantan.

Ada orang UMNO beritahu ana, sebenarnya ada usaha UMNO Kelantan nak beri ruang kepada Ku Li sebagai Menteri Besar yang baru. Tapi ada pula orang dalam UMNO yang tolak dan tidak bersetuju. Menurut ramalan strategik UMNO, kalau Ku Li dijanjikan sebagai MB; BN ada peluang menang.

PAS akan bentang permaidani merah jika Ku Li nak bertanding atas tiket PAS. Kalau hantu langsuir macam Ibrahim Ali pun kita boleh beri peluang, Apa salahnya Ku Li. Kawan-kawan di Kelantan pun nampaknya macam OK nak terima Ku Li. Ini perkembangan baik untuk PAS di Kelantan.

Ana tak sabar nak tengok muka Samseng Pejabat Perdana Menteri – FATMI. Mesti susah nak jawab kepada boss dia. Kalau ikut sekarang, dia punya report kepada PM dia, Kelantan menang besar – samada Ku Li bertanding atau tidak.