“Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,” demikian maksud kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh Yong Yuk Thien, 26, seorang pemuda Tionghua yang berasal dari Sabah.

Majlis itu dipimpin oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas menyampaikan Kuliah Manghrib sempena Konvoi Penerangan PAS Pusat ke Perak yang diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kampung Padang Tembak dekat sini, semalam.

Selepas selesai mengucap dua kalimah syahadah, Tuan Ibrahim telah memberikan penerangan berkenaan tanggungjawab seorang muslim.

“Seorang saudara baru masih boleh lagi berhubungan dengan ahli keluarga terutamanya kedua-dua ibu bapa, menghadiri perayaan yang bukan bersifat keagamaan seperti Tahun Baru Cina, majlis perkahwinan dan sebagainya,” jelas beliau kepada pemuda tersebut.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap, pihak PAS Kawasan Teluk Intan dapat mengambil tanggungjawab memastikan Yong mendalami ilmu agama serta mengambil tahu sebarang perkara berkaitannya.

Yong ketika ditemua berkata, beliau banyak membaca buku tentang agama Islam di samping mendapat pemahaman dan bimbingan daripada kakak dan bapa saudara beliau yang sudah memeluk Islam.

========

Kita tak perlu nak berhimpun bagai orang gila untuk menggalak perkembangan Islam. Tak perlu join Jalur Tiga untuk melakukan agenda pengislaman. Apa yang dibuktikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan bukti bahawa agenda Islam di dalam PAS masih tegap dan kuat. Kita tak terjejas langsung dengan apa sahaja yang dibawa oleh Dr Hasan Ali dan kawan-kawan. Berapa ramai yang Dr Hasan Ali sudah Islamkan? Berapa ramai? Setakat cakap pasal bible guna tenaga solar – macam orang tak sekolah; takkan membawa Islam di tahap yang tinggi.

Apa yang berlaku di Teluk Intan dan banyak lagi daerah lain di Malaysia – memberikan bukti bahawa agenda peng-islaman yang dibawa oleh PAS masih lagi menarik di kalangan bukan Islam. Agenda PAS for All sudah semakin mendekatkan diri kita dengan orang bukan Islam. Inilah dakwah yang sebenar.

Sebahagian umat Islam beranggapan bahawa jihad hanya disyariatkan selepas nabi s.a.w berhijrah ke Madinah. Sebelum itu, umat Islam tidak mengenali istilah jihad dan hukumnya. Padahal kenyataannya bukanlah begitu. Ini kerana terdapat ayat al-Quran yang diturunkan pada zaman Mekah yang menyuruh nabi agar berjihad. Ayat ini ialah dalam surah al-Furqan ayat 52. Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir dan berjihadlah kepada mereka dengan al-Quran dengan jihad yang benar.”

Dalam surah al-Nahl ayat 110, Allah juga telah berfirman yang bermaksud :

” Dan sesungguhnya Tuhanmu adalah (pelindung) bagi orang orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan sabar. Sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Nahl, ayat 110)