http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/pas-selangor-abai-kerusi-melayu-ahmad-lutfi-othman/

Kini, ketika banyak pihak ghairah berbicara (dan berteka-teki) dengan kecenderungan politik pengundi Melayu, bagi saya, kerusi-kerusi yang ditandingi PAS di empat kawasan Parlimen, iaitu Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam, perlu didekati dengan lebih rapat.

Selepas tsunami politik empat tahun lalu, ramai beranggapan pengaruh PAS masih tersekat di kawasan majoriti pengundi Melayu dan kampung-kampung tradisi tertentu. Justeru, saya kira Harakah sebagai lidah rasmi parti wajar menjadikan kerusi-kerusi seumpama itu, termasuk di Selangor, sebagai kawasan fokus.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, di kawasan berkenaan, PAS bertanding lima kerusi Dun: Jeram, Sungai Burong, Sungai Panjang, Sabak dan Sungai Air Tawar. Manakala bagi kerusi Parlimen, PAS diberi kepercayaan untuk menyaingi BN di Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sungai Besar.

Bagaimanapun PAS hanya menang di Kuala Selangor, melalui wakilnya, Dr Dzulkefly Ahmad, dengan majoriti 862 undi, tetapi tewas di semua kerusi lainnya.

“Kita perlu menunjukkan prestasi yang baik dalam PRU13 di lima kerusi Dun yang diserahkan kepada PAS itu,” kata seorang aktivis PAS yang saya temui. “Selain memperkukuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kita juga dapat menangkis tohmahan bahawa PAS hanya menang dengan sokongan pengundi bukan Melayu.

Namun begitu, Ustaz Judi mengakui, ia bukan tugas mudah, apatah lagi untuk berdepan pelbagai taktik dan strategi licik BN, termasuk penggunaan politik wang. Noh sebagai ahli Parlimen dan pembantu Najib di Selangor pastinya akan memperalatkan apa sahaja untuk mempertahankan kerusinya.

Jika Noh tewas di kampung halaman sendiri, bermakna operasi tawan Selangor berkecai dengan begitu mudah. Justeru, Ustaz Judi mengakui tanggungjawab besarnya, terutama untuk menggembleng setiap potensi kekuatan PAS Kawasan. Saya perhatikan, semangatnya untuk mencipta sejarah cukup tinggi.

=====

Ana pernah menulis dahulu, peranan kita kawasan-kawasan strategik khususnya di Sabak Bernam, Sekinchan, Sungai Besar dan sebagainya perlu diperkukuh. Apa masalah kita di Selangor? Pada ana, masalah kita yang utama adalah sumber kewangan. Gerakan kita di akar umbi, kalau kosong dan tidak mampu membantu rakyat, akan kelihatan kelemahan PAS untuk menjadi alternatif kepada UMNO. Kalau setakat jual air liur, wak-wak di Parit 7 bolehlah kita dapat undi. Orang-orang muda di pekan? Siapa kita nak hantar betulkan pemikiran mereka.

Ana berkesempatan turun ke Masjid Makmuriah minggu lepas. Orang kita sendiri pun dah mula bercakap pasal orang muda UMNO yang banyak tolong dan membantu orang kampung. Mereka turun ke rumah, bertanya khabar dan beri sumbangan apa yang patut.

Ana khuatir jentera kita masih syok sendiri dan tidak bersungguh. Ana minta sangatlah, kepimpinan PAS di Selangor jumpa segera dengan Anwar dan kemukakan permohonan kewangan yang lebih banyak. Jangan kita biar jamaah kita gerak di bawah dengan air liur sahaja. Kena ada produk dan benda yang kita berikan.

Pakatan Rakyat kena beri kita muka, sebab PAS perlu menjaga kawasan Melayu di Selangor. Kita yang berdepan dengan UMNO secara langsung. DAP kurang kena tempias. PKR boleh harap pada Anwar. Kita punya gerakan?

Usrah dan pertemuan kecil-kecil di masjid perlu diperluaskan dengan kerja kebajikan yang lebih terurus. Bukan ikut suka.

Semua ini perlukan wang. Ana harap sangat kita dapat bantuan segera PKR dalam hal ini. Ana diberitahu, MB sudah turunkan kuasa bajet pilihanraya kepada Azmin Ali dan dimonitor oleh Anwar.

Boleh bantu PAS sikit?