PAS Pusat hari ini telah sebulat suara melantik lima individu sebagai ahli Jawatankuasa Pemandu bagi memastikan pelaksanaan janji-janji yang diberikan dalam manifesto pilihan raya akan ditunaikan, dan bukannya bertindak sebagai badan eksekutif.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman itu turut dianggotai oleh Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Mahfodz Mohamad, Asmuni Awi, dan juga Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa ketika sidang media selepas di Ibu Pejabat Agung PAS di sini berkata, jawatankuasa tersebut tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri, sebaliknya berperanan memberikan pandangan kepada pentadbiran negeri yang dikuasai PAS, termasuklah juga negeri pimpinan Pakatan

Rakyat bagi membolehkan manifesto pilihan raya mereka akan dapat dilaksanakan.

“Tujuan penubuhan Jawatankuasa Pemandu ini adalah bagi pimpinan pusat memberikan pandangan dan pendapat serta menerima pandangan daripada kepimpinan negeri untuk melaksanakan segala janji yang dibuat di dalam manifesto yang dikeluarkan untuk pilihan raya.”

Ana ucapkan TAHNIAH di atas perlantikan semua Ustaz/Cendikiawan/Profesional untuk membantu Azizan menjaga Negeri Kedah dengan lebih baik dan berkesan. Ini bukan soal nak hadkan kuasa MB. Ini nak membantu. Banyak bezanya.

Yang paling ana suka sekali apabila Datuk Kamaruddin Jaafar (bekas orang kuat Anwar di IKD) turut dilantik. Ana kenal sangat pemikiran KJ ni. Memang laju dan cekap. Khususnya dalam memastikan peluang ekonomi dapat turut dirasai oleh orang-orang Anwar. Ana cuma harap KJ tidak tamak, dan membolot segala macam peluang untuk membantu rakan-rakan lama di dalam PKR. Kawan-kawan PAS pun kena bantu juga.

Pada ana, keputusan PAS Pusat ini tepat dan berkesan. Kita jangan bohong diri sendiri untuk mengatakan PAS Kedah berada dalam keadaan baik dan tersusun. Jangan kita bohong. Banyak benda yang kita belum buat. Banyak janji kita dalam pilihanraya yang kita belum laksana.

Ana harap, kita tidak lagi menjadi masalah kepada Pakatan Rakyat. Kelemahan pentadbiran. Berebut kuasa. Pengaruh luar. Semua ini penyakit yang kita patut sudah hilangkan lama. PAS kena tampil dengan lebih yakin dan berani. Jangan takut dengan bayang-bayang sendiri.

Surat As-Shof ayat 4

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ

61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Insya’Allah PAS Kedah akan diberi tunjuk ajar oleh DRIVER yang dilantik oleh PAS Pusat. Insya’Allah.