Ya ampun, manis dan cantiknya lah wajah pelakon Indonesia yang hadir ke Kelantan kelmarin. Tak boleh nak kata cantik dan manisnya. Muslimah sejati. Ramai juga kawan-kawan ana yang berebut-rebut nak ambil gambar.

Yang ana seronok sangat, TG Nik Aziz juga bersedia untuk membawa PAS ke dalam pendekatan yang bersifat popular dan menarik minat orang muda. Ini bukan stail majlis arak bebas tajaan Khairy dan Pemuda UMNO. Ini lebih berhemah dan murni. Tak macam KJ.

Kesediaan PAS untuk menggunakan kaedah POP ini pada ana akan membawa keuntungan politik jangka panjang. Kita tak boleh terus bergantung kepada ceramah agama dan solat hajat semata-mata. Kita kena ada pendekatan yang baru dan menarik orang muda.

Walaupun Oki melancarkan Sejuta Pelangi, namun buku pertamanya Melukis Pelangi turut menjadi tarikan peminatnya sehingga buku berkenaan turut dibeli.

Oki ternyata tidak jemu menandatangani hampir kesemua buku yang dibeli peminatnya, walaupun kelihatan wajahnya begitu letih selepas tiga hari berada di negeri Tadahan Wahyu yang mula dicintainya itu.

Oki dalam ucapannya memberitahu, setiap pengalamannya yang dilalui sebagai seorang model, artis beliau kongsi dalam setiap buku yang dituliskan.

“Mudahannya ianya dapat menjadi iktibar pada semua lapisan masyarakat untuk dijadikan iktibar,” ujarnya.

Sementara itu, pihak penganjur, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, ketika berucap pada majlis pelancaran itu, melahirkan rasa syukur memandangkan Oki menerima undangan ke negeri Kelantan.

Pada ana pendekatan ini tepat. Ana harap sangat kita dapat perkenal ramai calon-calon Muslimah secantik Oki dalam PRU akan datang. Wajah parti kita perlu dipulihkan dengan menampilkan wajah muda, tampan, kacak, ayu dan manis – bagi memberikan kekuatan kepada parti.

* ana masih di Kelantan bersama keluarga. sambung cuti sebab ada walimah yang perlu dihadiri.

Advertisements