Apa kebendanya – kejap on kejap tidak. Apa punya strategi yang dibuat oleh gomen ni. Sampai musuh macam kita pun pening kepala. Bajet bukannya perkara main-main. Benda penting. Tapi sejak di bawah Najib ni, bajet pun boleh pusing-pusing. Kejap jadi. Lepas tu cancel balik.

Kita patut ucapkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara yang memang banyak membantu kita kebelakangan ini. Semua keputusan yang dibuat memang memihak kepada kita, kalau kita pandai gunakan apa sahaja isu yang ada.

Apa yang dilakukan oleh KSN dan rakan-rakan KSU bertaraf premier memang memberi markah politik kepada kita. Ana ucapkan terima kasih kepada DAP yang tak pakai isu SBPA untuk kepentingan mereka. SBPA isu Melayu. Memang patut jadi isu PAS. DAP patut tumpu isu Cina. Jangan nak masuk campur.

Hasil perbualan ana dengan kalangan kakitangan kerajaan, mereka sebenarnya lega dengan apa yang berlaku. Pada mereka, SBPA memang satu benda yang tak sepatutnya berlaku langsung. Ini semua kesilapan KSN dan KPPA. Ini semua cita-cita KSU kumpulan premier untuk mendapat kenaikan gaji puluhan ribu. Yang bawah akan terus kedana dan miskin.

Soalnya macamana PAS nak maksimakan rasa menyampah kakitangan kerajaan kepada pemimpin UMNO/BN. Ini kita kena fikir sama-sama.

Kita kena cetak bahan yang ringkas dan mudah untuk orang kampung. Terangkan pada mereka, SBPA yang dicadangkan dulu memang nak bagi kaya kumpulan kecil. Memang nak bagi jahanam orang kampung. Boleh tu. Kita boleh buat. Kita letak pula gambar Sharizat. Terbaik. Mesti ada kesan.

Tapi kita jangan lupa, SSM ni pun buat kerajaan seronok. Jangan mereka seronok sangat sampai lupa kepada PAS. Payah kita.

Bab nak tukar ke SSM ni, kita kena puji juga nampaknya keberanian Najib. Dia tak peduli kalau KSN/kumpulan premier nak sabo dia nanti. Dia tegas. Bab ni boleh tahanlah. Itu lantak dialah. Yang penting, kita kena fikir macamana PAS nak dapat undi lebih dengan isu SBPA ni. Kita harap Najib sambung lagi kontrak KSN. Kalau sambung, rasanya banyak juga kita boleh menumpang untung. Untung kesilapan yang boleh memberikan markah politik kepada kita.

Advertisements