Bukan main lagi nampaknya pemimpin BN, konon mereka dah masuk Gear 5 dalam pilihanraya. Tak tahulah bilamasa dia orang masuk gear 1,2, 3 dan 4 – tapi yang pasti Mat Maslan kata, BN dah masuk gear 5.

Kalau ikut jumlah peruntukan yang diturunkan, termasuk BR1M dan sebagainya, memang nampak mereka dah mula menjala undi. Bukan main lagi. Bersungguh. Habis semua rakyat terpaksa mengadap wakil rakyat, ketua umno bahagian sebab nak dapat RM500. Bukan duit mereka pun. Duit rakyat. Duit anak-anak kita yang kerja di Kuala Lumpur. Duit cukai rakyat. Tapi UMNO buat macam duit mak bapak dia. Standardlah UMNO.

Tapi kita tetap juga kena ambil perhatian. Kawan-kawan kita yang pergi ambil (sebab layak), semua puji kerajaan. Mereka kata, sekurang-kurangnya BN ingat juga kepada rakyat. Ana pun pening kepala. Takkan pasal RM500 dah mula nak paling tadah. Manalah nilai perjuangan mereka ni. Bukan main lagi suka terima RM500. Ada tu bukan buat apa pun; tambah duit untuk berjalan ke Bandung bulan 5 nanti. Janji ada.

Kelemahan kita memang bab duit dan peruntukan ini. Kita kena akuilah. Kelantan dan Kedah tak mampu nampaknya nak bantu negeri-negeri lain dalam gerakan politik. Ana yang dah berapa kali sms beberapa orang wakil rakyat di Kedah dan Kelantan; nak minta modal buat program di Johor dan Negeri Sembilan pun tak dapat balasan. Jawab insya’Allah pun tidak.

Program ana simple aje. Kumpul kawan-kawan bloggers PAS; dan ambil gambar kemiskinan di kawasan-kawasan MB/ADUN BN. Tumpuan kita di NS dan Johor. Kita nak pergi kawasan Mat Hassan, kawasan Ghani Othman, kawasan Ali Rustam – dan tunjuk rumah yang nak roboh dalam kawasan mereka. Biar rakyat tahu, kalau benar pemimpin UMNO cekap dan turun padang; takkan mereka sanggup nak tengok rumah orang miskin dan kedana dalam kawasan BN. Kita hebahkan dalam facebook, twitter dan blog. Kita tarik perhatian rakyat. Modal tak banyak pun. Campur semua sekali dalam RM7 ribu. Haramnya dapat.

Ana dah bincang dengan kawan2, kalau susah sangat, kita guna duit sendiri dulu. Ada juga cadangan kawan-kawan supaya ana call Azmin Ali. Ana tak sanggup. Ana pernah kena. Azmin bahasakan kita. Azmin kata, ‘politik lebai macam PAS sudah tak sesuai’. Kurang ajar. Ana ingat sampai bila-bila. Sumpah ana tak nak jejak pejabat Azmin di Melawati tu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8628-pas-johor-sasar-menang-17-kerusi

kalau ikut statement, nampak kita dah buat kerja. Entahlah, kalau statement ni nak buat kecoh sahaja.

PAS Johor mensasarkan sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman; berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan perubahan positif rakyat negeri itu yang kini menyambut baik Pakatan Rakyat khususnya PAS yang disifatkan ‘tidak pernah berlaku sebelum ini’.

Harap Mazlan Aliman tengok juga blogger marhaen macam ana ni. Macam kawan-kawan ana yang lain.

Kita jangan masuk gear REVERSE sudah…kes naya.