Fuhh, bukan main lagi anak-anak muda Melayu berjoget, menari, menari dengan seluar pendek dan seksi dalam acara di Curve kelmarin. Undi punya pasal, walau acara boleh menyebabkan hubungan seks bebas, minum arak, hiburan lupa dunia, ini semua halal buat UMNO agaknya. Padahal, baru beberapa hari sebelum tu, Menteri UMNO orang Nogori Sembilan baru sahaja mengharamkan konsert penyanyi Amerika. Atas dasar tak sesuai dengan budaya bangsa kita. BN YOUTH MUSIC sesuai ka? Elok ka tengok anak dara pakai seluar pendek lepas tu menari depan orang ramai?

Sebab itulah PAS masih relevan dan penting dalam politik Malaysia. Kita tak boleh biar puak liberal dan kurang agama ini nak memerintah sampai hari kiamat. Bahaya anak cucu kita.

Mereka bukan fikir pahala dan dosa. Undi pada mereka lebih penting daripada pahala dan dosa. Janji dapat undi. Janji boleh dekat dengan orang muda.

Ana dengan beberapa ahli PAS turun sama di the Curve. Nak tengok ada impak atau tidak event BN Youth Music. Memang lah ramai. Tapi kalau kita tengok jauh ke belakang, arak bertebaran dan diminum oleh anak muda Melayu. Tak ada pula pihak penguatkuasa yang ambil tindakan! Hampeh betul.

Kita ucap tahniah kepada Khairy Jamaluddin yang dah berjaya membawa amalan hedonisme di kalangan anak muda Melayu/Muslim. Tunggu sahaja akibatnya di mahsyar nanti. Pedih la jawabnya. Ini sudah sampai tahap menggalak hubungan tanpa had.

Kita tak payahlah kemaruk undi nak buat benda sama. Biarkanlah mereka dengan cara mereka. Kita kekalkan pendekatan dakwah politik dengan cara kita. Mungkin nampak macam kampung dan tak setara dengan mereka; tapi yang penting kepada kita adalah keredhaan Allah SWT.

Anas r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya.”

Ertinya: Orang yang menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar itulah pembuka kebaikan dan penutupan dari kejahatn dan ia termasuk orang mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t.: “Wal mu’minuna wal mu’minaatu ba’dhuhum auliyaa’u ba’dh ya’muruuna bil ma’rufi wayanhauna anil mungkar.” Yang bermaksud: “Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan setengah menjadi wali pembantu pada setengahnya, menganjurkan kebaikan dan mencegah dari mungkar.

Lihat sahaja di sini….damailah mereka hendaknya….

http://youtu.be/Mir0nDH9VG4