Ramai sungguh di kalangan jemaah kita di Kedah yang cukup risau dengan keadaan yang berlaku di Negeri itu. Kita pun tak faham, kenapa sebagai sebuah jemaah yang meletakkan ISLAM sebagai sesuatu yang ‘aula wa la yughla alaihi’  (Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya).

Kita terus bertelagah sama sendiri, sedang musuh kita seronok merangka gerakan untuk memastikan PAS tersungkur di bumi Kedah Darul Aman. Ana tahu, ramai antara kita yang terperanjat sewaktu kita diberikan amanah oleh rakyat – tapi sekarang kita tak ada masa untuk bertelagah. Tak ada masa. Kita berdepan dengan cabaran yang hebat.

Kita semua tahu, kita sikit nasib baik sebab Pengerusi UMNO Kedah jenis tak berapa nak bijak. Kalau dia bijak gunakan isu kita; masak kita nak cari nyawa politik.

Kalau berdasarkan kajian yang dibuat oleh ibupejabat, kita bakal ranap di Kedah. Banyak faktor penyumbang kepada ranapnya kita. Salah satu nya adalah ketidak wujudan semangat kerjasama di antara kita. Kajian yang dibuat rakan-rakan PKR dan DAP juga menyatakan perkara sama. Depa dah bentang di peringkat tertinggi. Kita bila buat kajian, senyap untuk pengetahuan sendiri.

Kalau MB Kedah lemah, kita pakat-pakat lah cari calon yang lebih baik. Kalau lemah. Kalau OK, jangan pula ada yang nak bentis dan buat jalan sendiri.

Ana minta sangatlah, kepada semua pemimpin PAS di Kedah untuk berfikir secara jamaei, bukan sendiri-sendiri. Bahaya kalau kita nak pentingkan diri sendiri dalam perjuangan. Bahaya.

Tengok laman web PAS Kedah, terakhir update Julai 2011. INi dah masuk 2012. Apa cerita? Tak bayar duit maintenance ka?

Macamana kita nak menang kalau bab asas komunikasi pun kita tak dapat nak perbetul. Payah lagu ni.

Ana harap sangat semangat MAHABBAH kita akan selesaikan semua perkara yang terbuku di hati.

Advertisements