Ana pun pelik lah kadang-kadang dengan pemimpin kita ni. Dah macam budak-budak. Ingat jawatan EXCO ni boleh jadi milik peribadi ke? Boleh suka hati nak terima, tolak, ugut orang lain supaya jangan terima? Apa masalah antum semua ni? Dah tak sabar nak rosakkan parti? Dah tak sabar nak jadi MB?

Ana terima info orang kita di Kedah, Phahrolrazi memang ada keinginan nak jadi MB. Hubungan dia dengan Sultan Kedah (Agong) sekarang dikatakan memang baik dan sangat mesra. Malahan, menurut sesetengah orang PAS, Phahrolrazi jumpa Agong lebih kerap daripada MB. Ini kata orang. Ana bukan nak libatkan YDP Agong dalam isu ini. Ampun Tuanku. Patik tak maksud begitu. Patik sembah derhaka.

Tapi yang ana pelik, kenapa, sebagai pejuang parti, pejuang Islam, aktivis PAS; Phahrolrazi boleh terlibat sama dalam menjatuhkan orang lain. Pada ana ini tidak jamaei sifatnya. Tak Islamik. Kalaupun Azizan lemah, kita boleh guna saluran parti. Bukan buat undang-undang sendiri.

Ana nak ingatkanlah kawan-kawan di Kedah, termasuk penyokong Phahrolrazi, supaya letak parti lebih aula daripada pemimpin. Jangan tunduk macam orang bodoh. Dia tidak ada disiplin; dia perlu diketepikan. Itu sahaja. Kalau kita dah konspirasi nak jatuhkan pemimpin sendiri. Ini sudah tidak Islamik lagi.

Ana nak minta pejuang PAS ingat pesan Nik Abduh:-

Justeru gejala kegelinciran dan kelayuan melanda tanpa mengenal usia dan tahap. Yang menjadi penyelamat hanyalah kekuatan diri untuk bertahan dan istiqamah dalam perjuangan. Para anak muda sayugia sekali diingatkan dengan fenomena ini agar mereka lebih bersedia untuk menangani ujian yang lebih getir dalam perjuangan. Jika tidak, mereka akan berhadapan kerugianyang tiada galang gantinya. Mereka terlucut gelaran ’al mujahidun’ yang diimpikan setiap muslim yang mencintai al rasul dan perjuangannya.

Beristiqamah dan berdisiplin juga adalah tanggung jawab dan amanah. Keretakan padanya, selain membawa padah pada diri sendiri juga akan menggoncang keutuhan jamaah dan perjuangan. Setiap kita mestilah berusaha mengelak daripada menjadi beban kepada jamaah. Semakin kita berada diatas, semakin besarlah kesan daripada perlakuan dan tindakan kita.

Kita kena nasihatkan sama sendiri. Agama itu nasihat.

Daripada Tamim al-Dari r.a. Nabi s.a.w. bersabda ” Agama adalah ‘nasihat’.” Kami bertanya: “Terhadap siapa?” Baginda menjawab:” Terhadap Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin dan kaum muslimin umumnya” (Riwayat Muslim)

-Nasihat terhadap Allah : Beriman kepada Allah, sifat-sifat-Nya dan menyucikan-Nya daripada sebarang kekurangan. Melakukan ketaatan dan menjauhkan maksiat.

-Nasihat terhadap kitab-Nya: Mengimani bahawa ia adalah kalam Allah yang diturunkan, menghormati kedudukan-Nya yang tinggi, membaca dengan betul dan tidak melanggar batasannya.

-Nasihat terhadap Rasullullah: Mempercayai risalahnya, beriman kepada segala apa yang dibawanya, mentaati, membela, menghidupkan sunnah, memerangi musuhnya dan menolong orang yang menyokongnya.

-Nasihat terhadap pemimpin: Membantu dan mentaati pemerintah atas dasar kebenaran, mengingatkan mereka dengan baik terhadap perkara yang diabaikan, tidak memberontak, dan menjinakkan hati manusia agar mentaati mereka

(Syarah sahih muslim) Petikan dr Buku 300 hadis Bimbingan – Ustaz Zahazan Mohamed

Advertisements