Ana sempatlah duduk berborak dengan beberapa kumpulan orang UMNO yang datang juga memerhati Himpunan Hijau dari jauh. Mereka kata, dalam hati mereka pun tak berapa suka dengan Lynas, tapi sebab parti politik dan pendirian pemimpin Negeri – mereka terpaksa follow juga. Nak buat macamana. Itulah budaya dalam UMNO. Ikut cakap dan tunduk sahaja. Jangan melawan.

Kata mereka, umur politik Adnan Yaakob @ Long Nan @ Nan Gangsta sudah semakin suntuk. Long Nan katanya tidak mempunyai kredibiliti dan kewibawaan. Long Nan tak cukup bijak untuk jadi MB Pahang. Kadang-kadang orang UMNO sendiri pun tak suka dengan dia cakap. Merapu. Tak ada nilai akademik langsung. Ikut suka cakap. Kalau mencarut dia memang pandai. Putrajaya katanya kecewa dengan MB yang tak ada brain (ini ikut ayat orang UMNO; bukan ayat ana).

Ana duduk dan dengar sahaja. Kalau setakat Parlimen Kuantan dan beberapa DUN kawasan ini, mereka dah menyerah kalah dah. Tak ada calon yang wibawa. Tak ada orang yang boleh ditonjolkan. Fokus orang UMNO Pahang, kata kumpulan UMNO Kuantan ini adalah ‘ganti Long Nan’. Insya’Allah kata mereka, UMNO boleh kekal menang dan jadi kerajaan di Pahang. Takkan Negeri PM kalah kot. Buruk benor nampaknya.

Ana saja bertanya, siapa yang boleh ganti Long Nan ini?

Orang UMNO sendiri sebut beberapa nama, ana pun tak kenal sangat dengan nama-nama YB UMNO ini. Antara yang disebutkan dan mampu menjadi MB yang lebih baik daripada Long Nan, kata orang UMNO ini:-

– YB Sharkar (ana tak tahu YB mana – tapi YB lah);
– YB Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Temerloh);
– YB Safri (orang Rompin katanya);

Semua orang muda dan berkelayakan kata mereka.

Ana nak minta sangat kalangan ahli kita di Pahang mula fokus dan cari kelemahan nama-nama yang ana tulis ini. Bukan apa. Kita buat homework awal. Senang nak bertempur nanti. Long Nan ini, pada ana, dah tinggal sisa-sisa kehidupan politik sahaja. Tak penting kita nak layan.

Kejayaan Himpunan Hijau hari tu satu lagi contoh, Long Nan sudah hilang kuku. Tak ada kemampuan. Tak ada wibawa.

Kalau ikut cakap mereka, YB Saifuddin adalah pilihan yang baik. Bijak. Kena dengan politik baru. Kalau Saifuddin, jenuh juga kita nak berlawan dengan MB yang ada brain macam ini.

Yang penting kita kena bersedia. PAS Pahang boleh cemerlang kalau bersatu dan cekap menggunakan isu.

Advertisements