PENJELASAN PENUH USTAZ BADROLAMIN

Ahad February 26, 2012

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

=======

Ini Ustaz PKR. Tak ada kena mengena dengan PAS. Memang banyak beza antara Ustaz kita dengan Ustaz PKR. Jauh beza. Macam langit dengan bumi. Ana tahu, ramai yang kata macamana dengan Mat Sabu? Minta maaflah, Abang Mat dilepaskan oleh mahkamah. Nyata tak bersalah. Kes Ustaz Badrul Amin ini kes kantoi lah ni. Nak up bini orang, hah…ambik obat.

Kalau ana jadi laki pompuan tu pun ana singgahkan barang sepenumbuk dua di muka Ustaz Jawa ni. Mangkuk. Pukul 2 pagi pun boleh bawa masuk bini orang dalam bilik. Ini sudah kes teruk.

Oleh itu, Islam bukan hanya mengharamkan zina, malah mengharamkan perkara yang mendekatkan diri kepada zina dengan ungkapan ‘jangan mendekati zina’ dan ‘jangan mendekati yang keji’. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina, kerana ia suatu pekerjaan yang sangat keji dan jalan yang amat jahat”. (Surah al-Israa’, ayat 32).

Selain itu, ada kaedah fikq yang berbunyi Saddu al-Zarai’ (menutup jalan kerosakan), bermakna melarang bahan bacaan atau VCD lucah untuk mencegah berlaku kes jenayah seksual. Jadi, prinsip ini ialah langkah pencegahan Islam daripada berlakunya perkara haram. Menurut prinsip ini juga sesuatu yang harus (mubah) boleh menjadi haram dan dilarang jika membawa kerosakan.

Menurut O K Rahmat (1988), kaedah Saddu al-Zarai’ banyak dipakai dalam Mazhab Maliki dan Hanbali. Ia berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud : “Adakah tidak, jagaan Allah itu ialah menderhakainya; sesiapa yang beredar di sekitar jagaan, dikhuatiri akan terjatuh ke dalamnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ustaz PKR tak pakai kaedah Saddu al-Zarai’…dia main rembat semua. Penyakit.