Maafkan ana Tuan Guru, ana hanya sampaikan pandangan kawan-kawan di bawah. Kami setuju benar dengan usaha TG memberikan amaran kepada Pak Sheikh Anwar kita, supaya betulkan kalau dia silap, kenyataan mengenai Israel. Berpeluh kita di bawah nak menjawab dengan ahli/kariah. Macam-macam yang mereka tanya. Pandangan kita? Pandangan PAS? Apa komen Presiden? Apa komen Mursyidul?

Ana dan kawan-kawan blogger tak boleh nak jawab satu persatu. Pening kepala. Jumpa Pak Sheikh Anwar pun kita jarang sekali. Jumpa pun setakat salam sahaja. Tak lebih. Nak jumpa orang PKR di kawasan pun susah. Di masjid, pun susah nak jumpa mereka. Payah.

Memang ramai jamaah yang syukur dan setuju kerana TG membuat kenyataan yang jelas dan tegas. Kita memang tunggu.

Pak Sheikh jangan ingat dia boleh lepas tangan sahaja. PAS berdepan situasi sukar sekarang. Sokongan makin menipis. Di sesetengah kawasan, aktivis kita pun ramai yang dah slow down. Bagi alasan macam-macam. Sakit darah tinggi. Kencing manis. Prostat. Jaga cucu. Dekatkan diri dengan Tuhan. Macam-macam alasan. Yang muda, asyik nak tanya berapa gaji? PAS dah banyak berubah. Mungkin kita dah banyak terikut budaya kerja orang lain.

10 tahun dulu, kita semua buat kerja politik dengan semangat jihad dan ibadah. Sekarang sudah lain.

Kita berdepan dengan krisis keyakinan orang PAS sendiri tentang pendirian kita. Maaflah, bukan krisis. Tapi masalah. Orang kita sendiri pun tak jelas dengan pendirian kita. Macamana?

Elok benarlah TG bunyi sikit dengan Pak Sheikh Anwar tu. Jangan kita nak senyap sangat. Nanti tenggelam.

Bagi dia tahu, jangan sedap cakap ikut suka. Nanti masalah, PAS yang terpaksa tanggung sama.

Sekian TG…ana minta maaf kalau ana terkasar.

Advertisements